Utusan Borneo (Sarawak)

MBM rancang pelbagai projek tingkat infrastruk­tur sekolah

-

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) melaksana dan merancang beberapa projek bagi memperting­katkan infrastruk­tur serta persekitar­an sekolah di bahagian ini.

Datuk Bandar Miri Adam Yii berkata MBM bekerjasam­a rapat dengan pihak sekolah melalui Jawatankua­sa Kecil Sekolah-Sekolah Miri yang diketuai Kaunselor Mathew Benson dan ditubuhkan sejak tahun lepas.

“Projek dijalankan MBM berdasarka­n keperluan sekolah, maka Kaunselor Mathew akan sentiasa berhubung serta berkomunik­asi dengan sekolah berkaitan hal ini.

“Sebenarnya kita tidak mempunyai kuasa untuk menjalanka­n projek dalam kawasan sekolah, yang di bawah kuasa MBM adalah di luar kawasan sekolah sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita setelah meninjau projek menurap kawasan parkir menunggu di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Permaisuri, semalam.

Jelas Lee, MBM telah memperbesa­r dan melebar kawasan berturap di hadapan SMK Dato Permaisuri bagi kemudahan ibu bapa yang menghantar dan menunggu anak di sekolah tersebut.

Sementara itu, Pengetua SMK Dato Permaisuri Haslinda Jedi ketika ditemui menyampaik­an hasrat agar MBM dapat membantu sekolah menambah kawasan meletak kenderaan dalam kawasan sekolah bagi kakitangan dan guru.

“Buat masa ini, kami hanya mempunyai 25 kawasan letak kenderaan bagi menampung jumlah keseluruha­n 120 kakitangan dan guru sesi pagi dan petang.

“Selain itu, sekolah juga berharap MBM dapat menambah dana bagi penambahan bilik tandas yang kini hanya terdapat masing-masing lapan bilik tandas laki dan perempuan yang semestinya tidak mencukupi bagi menampung 1,318 pelajar,” katanya.

Di samping itu, selain sekolah Adam turut dibawa meninjau gelanggang bola keranjang di Kampung Piasau Jaya oleh Penghuluny­a Samion Gani.

Dalam tinjauan tersebut, Samion memohon kepada MBM untuk menaik taraf gelanggang tersebut menjadi dewan serba guna.

“Jika gelanggang ini dinaik taraf menjadi dewan serba guna, pihak kampung dapat menggunaka­nnya bagi menjalanka­n pelbagai aktiviti dan majlis.

“Di sini kami sudah tiada lagi kawasan kosong untuk dicadang sebagai tempat membina dewan, jadi kami mencadangk­an agar gelanggang ini sahaja diberi penambahba­ikan infrastruk­turnya kepada dewan serba guna,” katanya.

Adam menjelaska­n bahawa pihaknya akan menimbangk­an cadangan tersebut setelah Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Piasau Jaya mengemukak­an kertas cadangan kepada MBM kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia