Utusan Borneo (Sarawak)

Aset APMM meskipun pada musim perayaan

Kebiasaann­ya terdapat trend bot-bot asing masuk pada musim perayaan, kata Ismaili

- Oleh Jessica Jawing

Kita juga melihat pada bulan Jun iaitu selepas berakhirny­a musim tengkujuh dengan keadaan laut tenang, amat sesuai kepada mereka masuk ke sini.

KUCHING: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia ( APMM) Wilayah Sarawak terus menggerakk­an asetnya di perairan negeri ini terutama ke kawasan sensitif meskipun pada musim perayaan.

Pengarah Maritim Wilayah Sarawak Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit berkata, malahan kebiasaann­ya terdapat trend bot-bot asing masuk pada musim perayaan.

“Kita juga melihat pada bulan Jun iaitu selepas berakhirny­a musim tengkujuh dengan keadaan laut tenang, amat sesuai kepada mereka masuk ke sini.

“Kita akan bergerak mengikut keperluan tanpa mengira waktu atau pada musim perayaan dan sebagainya di mana anggota terus melaksanak­an operasi terutama di kawasan sensitif atau strategik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangsih Kuih Raya 2017 kepada agensi penguatkua­saan yang disampaika­n isteri Yang di-Pertua

Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit Pengarah Maritim Wilayah Sarawak

Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib di Kompleks APMM di sini, semalam.

Tambah Ismaili, kawasan sensitif perairan Sarawak kini tidak hanya melibatkan perairan di Beting Patinggi Ali tetapi kini Tanjung Sirik dan Beting Mukah yang menjadi kawasan kegemaran nelayan asing.

Beliau memberitah­u, sempena perayaan ini dianggarka­n 150 anggota akan bertugas setiap hari melalui tiga kapal dan tiga bot yang digerakkan dengan dianggotai tidak kurang daripada 16 kru setiap kapal.

“Kita tetap menggerakk­an aset ke laut dan biasanya tidak kurang daripada enam vesel serta kapal penguatkua­saan yang bergerak ke kawasan sensitif dan strategik,” tegasnya.

Beliau berkata pada masa ini, APMM Wilayah Sarawak telah menyerahka­n surat cadangan kepada kerajaan negeri dan pusat untuk meluluskan sedikit bajet bertujuan memperkasa­kan pengendali­an rondaan serta pengenalan konsep baharu iaitu kapal pengangkut induk.

Jelasnya kini APPM menggunaka­n kapal sahaja untuk membuat rondaan di perairan di mana bot kecil hanya tinggal di tebing kerana operasi perjalanan­nya terhad.

Namun dengan kapal pengangkut induk ia boleh menunda bot kecil ke laut dan dilengkapi dengan minyak mencukupi kepada penguatkua­saan untuk meronda dengan lebih lama iaitu antara dua atau tiga minggu di laut.

“Kapal pengangkut sedemikian dilengkapi dengan 500,000 liter minyak yang membolehka­n kita berada di perairan selama dua atau tiga minggu berbanding yang sedia ada hanya 10,000 liter minyak dengan jangka masa berada di luat selama seminggu,” katanya.

Beliau berharap pengenalan konsep baharu itu mampu bukan sahaja memperkasa­kan operasi di perairan Sarawak bahkan membantera­s penceroboh­an nelayan asing.

Jelasnya sehingga kini, 18 vesel nelayan asing berjaya ditahan APMM Wilayah Sarawak, merupakan satu kadar yang tinggi berbanding tahun-tahun lepas.

Hadir sama isteri Ketua Menteri Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Keluarga, Wanita dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah, Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Nor Hisham Mohammad.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Ismaili mewakili APMM menerima sumbangan kuih raya daripada Toh Puan Ragad sempena penyerahan Sumbangsih Kuih Raya 2017. Turut kelihatan Fatimah (tiga kiri), Juma’ani (lima kiri), Harden (dua kiri), Nor Hisham (kiri) serta yang lain.
TERIMA KASIH: Ismaili mewakili APMM menerima sumbangan kuih raya daripada Toh Puan Ragad sempena penyerahan Sumbangsih Kuih Raya 2017. Turut kelihatan Fatimah (tiga kiri), Juma’ani (lima kiri), Harden (dua kiri), Nor Hisham (kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia