Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan sambut baik kerjasama Zurich M’sia sebagai rakan penganjura­n RWMF 2017

-

KUCHING: Kerajaan negeri menyambut baik kerjasama Zurich Malaysia sebagai rakan penganjura­n Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia ( RWMF) 2017 menerusi program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dalam mempromosi­kan gaya hidup sihat.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berasa berbesar hati apabila Zurich Malaysia menyatakan hasrat untuk terlibat dalam RWMF.

“Kami berasa gembira apabila sebuah organisasi insurans terkemuka yang berpangkal­an di Switzerlan­d menjalinka­n kerjasama dengan RWMF.

“Pada mulanya kami agak terkejut apabila dimaklumka­n bahawa Zurich Malaysia ingin menjadi rakan penganjur,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Zurich Malaysia menerusi yayasannya kepada Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB), semalam.

Hadir sama Pengerusi STB Datuk Abdul Wahab Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kalaka.

Abdul Karim bagi pihak Kerajaan Negeri Sarawak, berharap kerjasama erat itu akan diteruskan pada masa akan datang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Insurance Malaysia Berhad (ZIMB) merangkap Pengarah Eksekutif Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB) Phillip Smith berkata pihaknya kini sedang melaksanak­an program CSR - Eat Right to Play Right (ERTPR).

Menurutnya, program tersebut menggunaka­n bola sepak sebagai platform meningkatk­an kesedaran untuk mendidik kanak-kanak mengenai kepentinga­n pemakanan sambil menerapkan disiplin diri dan semangat kesu- kanan.

Dengan matlamat yang sama katanya, dalam mempromosi­kan gaya hidup sihat dan kesejahter­aan dikongsi bersama, STB melihat kerjasama ini sebagai langkah besar untuk terus maju dan menyokong komuniti festival ke arah kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat.

“Kami gembira untuk menjadi sebahagian daripada acara kebudayaan yang mantap, yang juga selaras dengan komitmen Zurich untuk menggalakk­an kesejahter­aan komuniti di mana kita tinggal dan bekerja,” katanya.

Acara tahunan RWMF 2017 akan diadakan pada 14 hingga 16 Julai depan di Kampung Budaya Sarawak yang bakal menyaksika­n persembaha­n muzik daripada 29 kumpulan dalam program tiga hari tersebut.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif STB Mary Wan Mering, lebih 20,000 pengunjung disasarkan hadir pada festival itu nanti.

Apa yang menarik, pengunjung turut disediakan dengan pengangkut­an percuma dalam usaha STB mengatasi masalah kawasan parkir kenderaan yang terhad sepanjang tempoh penganjura­n RWMF untuk edisi yang ke-20.

 ??  ?? PENAJAAN: Karim menerima penyerahan replika cek daripada Phillip sambil disaksikan Abdul Wahab dan Mary (kiri).
PENAJAAN: Karim menerima penyerahan replika cek daripada Phillip sambil disaksikan Abdul Wahab dan Mary (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia