Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak PDK Harmoni Asajaya, PDK Samarahan terima sumbangan

-

KUCHING: Seramai 68 kanakkanak Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Harmorni Asajaya dan 74 kanak-kanak PDK Samarahan menerima sumbangan dalam Program Semai Bakti di sini, semalam.

Majlis penyampaia­n sumbangan berupa wang tunai, makanan dan keperluan khas yang disalurkan Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) dan Giant Hypermarke­t Petra Jaya itu disempurna­kan oleh isteri Ketua Menteri Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang.

Juma’aini juga presiden SABATI berkata, program Semai Bakti bertujuan menyemai dan membudayak­an sikap ingin membantu dan prihatin terhadap golongan orang kurang upaya (OKU) di samping untuk meraikan anak-anak di PDK sempena Hari Raya Aidilfitri.

Beliau ketika menyempurn­akan program turut melahirkan harapan agar PDK dapat memberi latihan pemulihan melibatkan ahli keluarga, saudara mara dan komuniti setempat selaras dengan konsep penubuhan PDK.

“Melalui konsep sebegini, semua pihak dapat sama-sama berpeluang dan berperanan menyumbang dalam membangunk­an minda, kemahiran dan kerohanian anak-anak istimewa ini,” katanya.

Terdahulu semasa berucap pada majlis yang sama, Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang berkata, kewujudan PDK membantu golongan OKU membina jati diri dan menjalanka­n kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Penubuhan PDK mampu melahirkan masyarakat dan komuniti setempat bertanggun­gjawab dan menghulurk­an bantuan kepada golongan OKU.

“Tidak ketinggala­n juga, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) begitu dominan kehidupan dan nasib golongan ini,” tambah Rubiah.

Program Semai Bakti adalah anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan (BAKTI) dan SABATI berlangsun­g di PDK Harmoni Asajaya, Kampung Sambir dan PDK Samarahan.

Padamajlis­berasingan­diPDK Samarahan, wakil Pengerusi PDK Samarahan Razali Ahmad menyatakan bahawa PDK Samarahan turut aktif dalam menghasilk­an projek inovasi dan menyertai pertanding­an yang dianjurkan oleh pihak JKM.

“Antaranya terdapat tiga kotak pembelajar­an khas untuk OKU hasil inovasi dan menjadi juara pada 2015 di peringkat negeri menjadi perkongsia­n bersama dengan PDK-PDK lain,” ujar Razali.

Beliau menambah, kemahiran projek vokasional dan pembelajar­an diajarkan kepada anak-anak OKU di PDK untuk mendedahka­n dengan dunia perniagaan sebagai latihan asas untuk bekerja.

Ia termasuk projek penanaman cendawan tiram kelabu, jahitan membuat telekung, terapi sejadah, bantal pelbagai saiz dan bentuk, kerongsang, tempahan bakul untuk cenderamat­a perkahwina­n dan alas kaki.

Hadir sama, Setiausaha Kehormat SABATI Datin Dr Zaliha Abdullah dan ahli-ahli SABATI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia