Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas Exco, anak dan perunding hartanah hadapi 21 pertuduhan gubah wang haram RM35.78 juta

-

JOHOR BAHRU: Bekas Exco Johor Datuk Abd Latif Bandi dan anak lelakinya serta seorang perunding hartanah dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap 21 pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram dan menerima hasil daripada aktiviti haram itu membabitka­n RM35.78 juta.

Ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Abd Latif, 51, berdepan empat pertuduhan pengubahan wang haram iaitu transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram iaitu pelupusan wang dan sembilan pertuduhan menerima wang yang merupakan hasil daripada aktiviti haram melibatkan nilai keseluruha­nnya RM17.59 juta.

Dia didakwa melakukan kesalahan berkenaan antara 11 Dis 2013 dan 19 Dis tahun lepas di beberapa cawangan bank berlainan sekitar Johor Bahru.

Anaknya Ahmad Fauzan Hatim, 25, menghadapi empat pertuduhan menerima wang merupakan hasil daripada aktiviti haram dengan nilai kesemuanya RM735,000 antara 18 Julai 2014 dan 23 Dis 2016, di sebuah bank di Johor Jaya.

Sementara itu, perunding hartanah Amir Shariffudd­in Abd Raub, 44, menghadapi empat pertuduhan pengubahan wang haram membabitka­n RM17.455 juta di antara 15 Nov 2013 dan 14 Dis 2016 di sebuah bank di Larkin Perdana.

Abd Latif dan anaknya didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (a) dan Seksyen 4(1) ( b) manakala Amir Shariffudd­in mengikut Seksyen 4( 1) ( a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum tidak lebih lima kali ganda jumlah atau nilai agregat transaksi atau penjara maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hakim Mohd Fauzi membenarka­n Abd Latif diikat jamin RM500,000, Ahmad Fauzan Hatim sebanyak RM200,000 dan Amir Shariffudd­in sebanyak RM400,000 masing-masing dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Julai bagi sebutan semula kes.

Abd Latif dan anaknya diwakili barisan peguam yang diketuai Datuk Hasnal Rezua Merican, Amir Shariffudd­in diwakili peguam Asrul Z. Stork manakala pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Mohd Asnawi Abu Anifah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DERA: V. Tanawali (kiri) diiringi oleh pegawai polis dan peguam belanya Datuk Suraj Sing (dua, kiri) dihadapkan di Mahkamah Sesyen, Petaling Jaya, semalam.
— Gambar Bernama DERA: V. Tanawali (kiri) diiringi oleh pegawai polis dan peguam belanya Datuk Suraj Sing (dua, kiri) dihadapkan di Mahkamah Sesyen, Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia