Utusan Borneo (Sarawak)

Enam penuntut UPNM didakwa bunuh, subahat bunuh Zulfarhan Osman

-

KUALA LUMPUR: Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ( UPNM), dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh rakan seuniversi­ti mereka, Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dengan kesan lebam dan melecur di badan.

Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali, kesemuanya berumur 21 tahun.

Lima daripada tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif Najmudin dan Mohamad Shobirin didakwa bersama- sama membunuh Zulfarhan Osman, 21, di Bilik 04-10, Blok penginapan asrama Jebat UPNM, Kem Perdana Sungai Besi, Cheras, di sini antara jam 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Abdoul Hakeem pula dituduh bersubahat dengan lima tertuduh membunuh mangsa di tempat, masa dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama-sama Seksyen 302 kanun sama yang membawa hukuman serupa.

Kesemua tertuduh yang kelihatan tenang mengangguk dan berkata “faham puan” selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Mahkamah menetapkan 14 Ogos untuk sebutan semula bagi laporan kimia dan bedah siasat. Hampir 50 anggota keluarga keenam-enam tertuduh hadir di mahkamah dan memenuhi galeri awam bagi mengikuti prosiding kes itu sehingga terpaksa duduk di atas lantai mahkamah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTUDUH: Abdul Latiff (depan tengah, baju oren) bersama anaknya Ahmad Fauzan (tengah, baju oren) dan Amir (belakang tengah, baju oren) dihadapkan ke Makhamah Sesyen semalam atas 21 tuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan...
— Gambar Bernama TERTUDUH: Abdul Latiff (depan tengah, baju oren) bersama anaknya Ahmad Fauzan (tengah, baju oren) dan Amir (belakang tengah, baju oren) dihadapkan ke Makhamah Sesyen semalam atas 21 tuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan...
 ?? — Gambar Bernama ?? TERSELAMAT: Sebahagian 13 anak kapal yang keletihan selepas diselamatk­an setelah kapal dagang yang membawa muatan kontena tenggelam akibat dipukul ribut di perairan Tanjung Keling Selat Melaka, semalam.
— Gambar Bernama TERSELAMAT: Sebahagian 13 anak kapal yang keletihan selepas diselamatk­an setelah kapal dagang yang membawa muatan kontena tenggelam akibat dipukul ribut di perairan Tanjung Keling Selat Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia