Utusan Borneo (Sarawak)

Kapal kontena Indonesia karam di Selat Melaka

Dua kru iaitu kapten, tukang masak dilapor hilang: APMM

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarka­n permohonan pemangku Ketua Pemuda GERAKAN Pulau Pinang Jason Loo Jieh Sheng untuk memindahka­n kes saman fitnah yang difailkan terhadapny­a berhubung projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya negeri, ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Pesuruhjay­a Kehakiman Rohani Ismail membenarka­n permohonan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Ong Siang Liang, mewakili Loo.

Ong ketika ditemui pemberita berkata anak guamnya memohon supaya kes saman yang difailkan Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd terhadapny­a dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas alasan Loo tinggal di Pulau Pinang dan saksi yang akan dipanggil untuk memberi keterangan juga berasal dari negeri itu.

Consortium Zenith, syarikat yang diberi kepercayaa­n membina terowong itu, memfailkan saman pada 8 Ogos 2016 selepas mendakwa Loo selaku defendan, pada 23 Jun 2016, telah mengeluark­an katakata berunsur fitnah terhadap syarikat itu, yang kemudian diterbitka­n dalam portal berita Malaysiaki­ni pada hari sama.

Syarikat itu, selaku plaintif mendakwa kenyataan Loo itu turut mempersoal kredibilit­i kerja syarikat terbabit selain mendakwa ia tidak boleh dipercayai, tidak jujur, penipu dan terlibat dalam aktiviti rasuah.

Syarikat berkenaan yang mendakwa reputasiny­a terjejas akibat kenyataan fitnah itu menuntut ganti rugi am, teladan dan melampau, faedah, kos serta relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah selain memohon satu injunksi untuk menghalang defendan atau pekerjanya daripada menerbitka­n semula perkataan fit- nah.

Consortium Zenith, dalam pernyataan tuntutanny­a berkata pada 6 Okt 2013 syarikat itu diberikan kontrak oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menjalanka­n kajian dan reka bentuk terperinci projek terowong dasar laut serta tiga jalan utama di negeri itu.

Tiga projek lebuh raya itu ialah jalan berkembar 12 kilometer (km) dari Jalan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang; lencongan 4.6km dari Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan lencongan 4.2km dari Gurney Drive ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Sementara itu, Loo dalam pernyataan pembelaann­ya menafikan beliau pernah menyebut nama Consortium Zenith ketika membuat kenyataan kepada wartawan pada 23 Jun 2016 sebaliknya hanya merujuk kepada wakil-wakil atau pegawai-pegawai kerajaan negeri Pulau Pinang. — Bernama PUTRAJAYA: Sebuah kapal kontena dari Indonesia KM Avatar karam di Selat Melaka dipercayai akibat dipukul ombak kuat dengan dua krunya iaitu kapten kapal dan tukang masak dilapor hilang.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia ( APMM), Laksamana Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Laut pada jam 9.25 pagi dengaan sebuah bot penyelamat dan helikopter dihantar ke lokasi kejadian pada 10

Ketika ini operasi mencari dan menyelamat dua lagi kru kapal yang hilang masih berjalan. Kita juga meminta bantuan dari agensi lain untuk operasi ini.

pagi.

Beliau berkata 13 daripada anak kapal diselamatk­an sebuah kapal dagang Undine yang melalui lokasi kejadian iaitu kira- kira 11 batu nautika dari Tanjung Kling, Melaka.

Katanya ketika APMM menerima laporan, kapal bersaiz sederhana sepanjang 57 meter itu telah separuh tenggelam dan kemudian karam sepenuhnya akibat gelombang kuat.

“Ketika ini operasi mencari dan menyelamat dua lagi kru kapal yang hilang masih berjalan. Kita juga meminta bantuan dari agensi lain untuk operasi ini,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Zulkifli berkata kesemua 13 anak kapal yang selamat masih berada di dalam kapal dagang Undine tersebut.

Mengenai punca kejadian, beliau berkata perkara itu masih dalam siasatan dan tidak menolak kemungkina­n ia berlaku akibat cuaca buruk dan ombak kuat. — Bernama

Datuk Zulkifli Abu Bakar Ketua Pengarah APMM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia