Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita warga emas didakwa kes pukul kanak-kanak guna rotan

-

PETALING JAYA: Seorang wanita warga emas yang tular di media sosial berhubung kes pukul seorang kanak-kanak perempuan menggunaka­n sebatang rotan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

V. Tanawali, 62, yang kelihatan tenang mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.

Tertuduh yang menjaga mangsa didakwa telah melakukan penganiaya­an terhadap kanak- kanak perempuan berusia enam tahun dengan memukulnya menggunaka­n rotan pada bahagian muka, badan, kedua-dua kaki dan tangan.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Puchong Perdana, Jalan Mawar, di sini pada jam 11 pagi, Sept 2016 mengikut Seksyen 31 (1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya V. V. Suloshani tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh mengambil kira faktor keseriusan jenayah yang dilakukan.

Bagaimanap­un, tertuduh yang diwakili peguam Datuk Suraj Singh memohon mahkamah membenarka­n jaminan terhadap anak guamnya atas alasan dia merupakan warga emas dan tiada risiko untuknya melarikan diri.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Julai untuk sebutan semula kes. Suami tertuduh hadir pada prosiding semalam.

Pada 6 Jun lepas, wanita itu ditahan reman berhubung kes itu selepas video berdurasi dua minit 50 saat, menjadi tular di laman Facebook pada 5 Jun lepas yang menunjukka­n seorang wanita memukul seorang kanak-kanak berusia lingkungan enam tahun berkali-kali.

Ketika kejadian, kanakkanak itu sedang makan sebelum wanita berkenaan mengarahka­n kanak-kanak terbabit beredar dari meja makan kerana menumpahka­n makanan.

Sebaik sahaja mangsa bangun, wanita itu memukul kanak-kanak itu berkali-kali sehingga menangis.

Difahamkan, wanita itu menjaga kanak-kanak berkenaan sejak ibunya meninggal dunia dan video berkenaan dirakam rakan baik tertuduh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia