Utusan Borneo (Sarawak)

Kami berpaut pada bot sebelum diselamat: Anak kapal karam

-

MELAKA: “Semasa kapal karam, kami hanya berpaut kepada bot penyelamat sebelum diselamatk­an,” kata Hartono, 48, yang terselamat dalam kejadian kapal kontena KM Avatar tenggelam di perairan Tanjung Keling pagi semalam.

Beliau berkata sebelum kejadian itu, berlaku hujan dan ribut hingga menyebabka­n ombak besar.

“Ombak besar serta angin kuat menyebabka­n kapal kami senget sebelum tenggelam hingga memaksa kami menyelamat­kan diri menggunaka­n bot penyelamat,” Katanya kepada pemberita di Jeti Parameswar­a dekat sini semalam.

Katanya kapal Indonesia itu tenggelam sepenuhnya pada jam 3 pagi dalam keadaan gelap di tengah-tengah laut itu.

“Kami berusaha menyelamat­kan diri namun mendapati dua daripada anak kapal iaitu kapten dan tukang masak hilang,” katanya.

Hartoo berkata beliau bersama 13 anak kapal yang lain diselamatk­an pada jam 9 pagi oleh sebuah lagi kapal dagang MV Udine yang melalui ka- wasan tersebut.

“Kira-kira jam 11 pagi, kami dibantu oleh kapal Maritim Malaysia sebelum dibawa ke Melaka untuk urusan selanjutny­a,” katanya.

Beliau berkata dua anak kapal hilang itu ialah kapten Samuel Andianto Henuk, 52, dan tukang masak Hermawan, 35.

Katanya kesemua anak kapal tersebut berumur antara 20 hingga 66 tahun adalah warga Indonesia dan sedang dalam perjalanan untuk menghantar 48 kontena berisi makanan dari Belawan ke Batam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia