Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM guna kamera ‘iCOPS’ mantap keberkesan­an operasi: Khalid

Ia mampu mengesan kehadiran kenderaan melalui imbasan plat

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunaka­n kamera Intelligen­t Compound Online Payment System (iCOPS) bagi memantapka­n keberkesan­an operasi sepanjang Ops Selamat 11/2017 bermula Ahad ini sehingga 2 Julai.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kamera berkenaan mampu mengesan kehadiran kenderaan melalui pengimbasa­n nombor pendaftara­n yang dikehendak­i dalam senarai ‘Hotlist’.

Katanya, kamera itu dilengkapi gelung maya dan penataan infra merah yang membolehka­n nombor pendaftara­n dilihat lebih jelas.

“Alat ini efektif dan berjaya meningkatk­an kutipan saman semasa operasi saman tertunggak warga asing serta beberapa siri tangkapan kes-kes pendaftara­n palsu, kenderaan klon dan cukai jalan palsu,” katanya selepas melancarka­n Ops Selamat 11/2017 sempena Hari Raya Aidilfitri 2017 di Menara TM di sini, semalam.

Khalid berkata polis turut menubuhkan empat subtek (pusat operasi) di empat zon utama negara bagi membantu kelancaran operasi sepanjang

Alat ini efektif dan berjaya meningkatk­an kutipan saman semasa operasi saman tertunggak warga asing serta beberapa siri tangkapan kes-kes pendaftara­n palsu, kenderaan klon dan cukai jalan palsu. Tan Sri Khalid Abu Bakar Ketua Polis Negara

Ops Selamat.

Katanya, empat subtek berkenaan dibahagika­n kepada Zon Utara di Sekolah Latihan Asas Sungai Petani, Kedah; Zon Tengah di Batalion (Bn) 3 Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor, Perak; Zon Selatan di Bn 6 PGA Bakri, Muar, Johor dan Zon Timur di Bn 7 PGA Bukit Galing, Kuantan, Pahang.

“Ops Perangkap Had Laju juga dilaksanak­an di kawasan yang kerap berlaku kema- langan dan antara kesalahan utama pemandu ialah memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar dan menggunaka­n telefon bimbit,” kata Khalid.

Beliau berkata orang ramai diminta mengisi Borang Cuti Balik Kampung yang boleh dimuat naik di portal rasmi PDRM bagi membendung kegiatan jenayah.

“Oang awam juga boleh mendapatka­n aplikasi Volunteer Smartphone Patrol ( VSP) di App Store dan Google Playstore untuk menyalurka­n maklumat berkaitan jenayah kepada polis secara tepat menggunaka­n telefon pintar,” katanya.

Ops Selamat bertemakan ‘ Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’ itu turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), PLUS, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) dan Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LEBIH CANGGIH: Khalid melancarka­n Ops Selamat 11 sempena Aidilfitri di Menara TM di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Berhad (TM) Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly (tiga kiri).
— Gambar Bernama LEBIH CANGGIH: Khalid melancarka­n Ops Selamat 11 sempena Aidilfitri di Menara TM di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Berhad (TM) Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia