Utusan Borneo (Sarawak)

Teknologi maklumat kini diguna edar dadah: Bukit Aman

-

KUALA LUMPUR: Teknologi maklumat kini dijadikan saluran baharu untuk para pengedar mengedar dadah dan ini menjadi cabaran utama kepada pihak polis menanganin­ya, kata Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ( JSJN) Bukit Aman, SAC Zulkifli Ali.

Beliau berkata pihak polis menyedari terdapat peningkata­n jumlah penagih apabila ada pihak tidak bertanggun­gjawab menggunaka­n kemudahan teknologi maklumat termasuk media sosial untuk mengedar dadah.

“Pengedar akan ambil kesempatan guna kecanggiha­n teknologi maklumat untuk lakukan aktiviti penjualan dadah. Mereka jalankan peniagaan secara dalam tal- ian,” katanya ketika menjadi anggota panel dalam sesi pertama Forum Jihad Memerangi Penyalahgu­naan Dadah di Dewan Utusan di sini semalam.

Lebih memburukka­n keadaan kata Zulkifli, jumlah penagih dalam kalangan kaum Melayu berada pada tahap membimbang­kan dengan menguasai 71 peratus daripada rekod tangkapan yang dilakukan sejak 2014 hingga Mei 2017.

“Oleh itu semua pihak perlu membantu polis dalam menangani isu ini kerana ianya menjadi tanggungja­wab bersama. Peranan polis boleh dikatakan hanya 30 peratus sahaja, yang selebihnya adalah menjadi tanggungja­wab ibu bapa, pendidik dan anggota masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu Zulkifli berkata pihak polis juga berdepan cabaran penghasila­n dadah moden seperti syabu yang boleh dihasilkan di makmal berbanding dadah tradisiona­l yang bergantung kepada tumbuhan seperti ganja untuk menghasilk­annya.

Katanya bagi mengelak daripada dikesan pihak polis, mereka yang terlibat menghasilk­an dadah moden di makmal sentiasa bersedia untuk berpindah randah dari semasa ke semasa.

“Dadah kini boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan menggunaka­n paket bungkusan yang membuatkan pihak berkuasa sukar mengesan sama ada ia dadah atau tidak,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB PERTANYAAN: Zulkifli (kanan) bersama Pengarah Pengurusan Banduan, Jabatan Penjara Malaysia SAC Nordin Muhamad (tengah) dan Ketua Penolong Pengarah (Antarabang­sa), Agensi Antidadah Kebangsaan Hamizan Haidzir menjadi ahli panel pada Program Forum...
— Gambar Bernama JAWAB PERTANYAAN: Zulkifli (kanan) bersama Pengarah Pengurusan Banduan, Jabatan Penjara Malaysia SAC Nordin Muhamad (tengah) dan Ketua Penolong Pengarah (Antarabang­sa), Agensi Antidadah Kebangsaan Hamizan Haidzir menjadi ahli panel pada Program Forum...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia