Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran Grenfell Tower: Seorang rakyat Malaysia khuatir keselamata­n sepupu

-

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia yang menetap di London menunggu dengan penuh rasa khuatir akan berita mengenai sepupunya yang merupakan penghuni di blok Grenfell Tower setinggi 27 tingkat yang terbakar awal semalam.

“Beliau telah cuba mendapatka­n maklumat daripada hospital-hospital dan polis sama ada sepupunya selamat namun hampa. Beliau dan keluarga wanita itu saya amat bimbang lebih- lebih lagi terdapat laporan ada orang terperangk­ap dalam bangunan dan ada yang terjun dari tingkat atas,” kata Daniel Han.

Jurutera berumur 28 tahun dari Pulau Pinang itu bekerja dengan sebuah firma farmaseuti­kal dan telah tinggal di London selama empat tahun namun enggan menamakan rakannya itu.

“Kami dari kampung yang sama dan sepupunya itu adalah daripada keluarga campuran. Bapanya Cina dan ibunya orang Inggeris,” katanya.

Han berkata rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan sekitar bersimpati dengan mangsa kebakaran dan keluarga mereka. “Kami bersedia untuk membantu jika diminta berbuat demikian, tetapi saya fikir tidak banyak yang kami dapat lakukan. Apa yang perlu dilakukan sudah dilaksanak­an oleh pihak berkuasa - polis, bomba dan kakitangan kesihatan.”

Lebih 250 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, 100 anggota polis dan 100 anggota perubatan dilaporkan berada di tempat kejadian kebakaran itu yang dilaporkan berlaku pada kira-kira jam 12.45 pagi waktu tempatan.

Polis mengesahka­n terdapat “sejumlah kematian “manakala London Ambulance Service berkata 50 orang telah dihantar ke lima hospital setakat 8 pagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia