Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan P.Pinang tiada kaitan kegiatan perjudian haram

Sedia kerjasama dengan polis untuk banteras perjudian: Lim

-

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang tidak terlibat langsung dengan perjudian tanpa lesen dan bersedia bekerjasam­a dengan polis untuk membantera­s kegiatan itu di negeri ini, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata pendirian kerajaan negeri adalah jelas iaitu Pulau Pinang menolak perjudian haram atau apa-apa cadangan untuk membina kasino di negeri ini.

“Kami tidak terlibat langsung dalam perjudian haram atau lesen perjudian haram dan kami bersedia bekerjasam­a dengan pihak polis untuk membantera­s kegiatan perjudian di negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Per- dana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin yang mengarahka­n polis Pulau Pinang memerangi habis-habisan kegiatan perjudian dan ‘kingpin’ di negeri ini yang disifatkan­nya semakin serius dan dikhuatiri ada sindiket yang menggunaka­n hasil kegiatan mereka untuk membiayai parti politik semasa pilihan raya umum.

Lim berkata kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa dalam penguatkua­saan untuk membantera­s kegiatan perjudian di negeri ini dan hanya pihak polis yang berkuasa untuk mengambil tindakan.

“Lesen perjudian bukan dikeluarka­n oleh kerajaan negeri dan sekiranya sindiket perjudian haram ini ada kaitan dengan parti politik, ia tentunya tiada kaitan dengan kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, Lim turut meminta polis menyiasat secara terperinci kes buli yang mengakibat­kan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun koma dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang.

Beliau berkata Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh telah diminta untuk memberi bantuan kepada keluarga mangsa.

“Saya harap polis akan menyiasat kes ini dengan serius dan mereka yang bersalah akan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Dalam kejadian pada jam 2 pagi di Gelugor minggu lepas, T. Nhaveen, 18, parah selepas diserang sekumpulan remaja. — Bernama

Kami tidak terlibat langsung dalam perjudian haram atau lesen perjudian haram dan kami bersedia bekerjasam­a dengan pihak polis untuk membantera­s kegiatan perjudian di negeri ini. Lim Guan Eng Ketua Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? DAIF: Keadaan kawasan rumah Latifah yang terpaksa dirobohkan berikutan sudah reput dan berbahaya untuk diduduki serta dibimbangi menimpa rumah ibu beliau yang berada di sebelahnya, di Kampung Durian Sebatang, Pasir Bedamar semalam.
— Gambar Bernama DAIF: Keadaan kawasan rumah Latifah yang terpaksa dirobohkan berikutan sudah reput dan berbahaya untuk diduduki serta dibimbangi menimpa rumah ibu beliau yang berada di sebelahnya, di Kampung Durian Sebatang, Pasir Bedamar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia