Utusan Borneo (Sarawak)

Bazar Ramadan: Pengguna digesa guna hak boikot peniaga

-

JITRA: Pengguna terutama suri rumah diminta menggunaka­n hak sebagai pengguna untuk memboikot peniaga yang gagal menjaga kebersihan dan keselamata­n makanan yang disediakan di bazar Ramadan di negeri ini, kata Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail.

Katanya, sudah tiba masanya orang ramai membuat pilihan yang bijak dengan memilih premis yang bersih dan mematuhi peraturanp­eraturan yang ditetapkan jabatan kesihatan agar tidak mengundang kes keracunan makanan.

“Buat masa ini kita tidak terima aduan lagi, tetapi kita ada dengar cakap-cakap orang makan sampai sakit perut, jadi saya mohon pengguna segeralah buat aduan kepada kita agar tindakan tegas dapat kita lakukan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Ops Bazar Ramadan di Taman Mahsuri di sini, petang kelmarin.

Dalam operasi tersebut, seramai 40 pegawai dan anggota yang terdiri kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu, pegawai Jabatan Kesihatan negeri dan anggota Penguatkua­saan Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) terlibat dalam operasi yang bermula jam 4.30 hingga 7 malam.

Katanya, sekiranya peniaga atau pengendali makanan tidak mematuhi peraturan mengikut Peraturan- Peraturan Kebersihan Makanan 2009, kompaun maksimum sebanyak RM5,000 boleh dikenakan.

“Ini tidak termasuk kesalahan-kesalahan di bawa Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang turut menyediaka­n denda yang berat kepada pengendali makanan yang mengabaika­n aspek kebersihan diri dan premis,” katanya.

Katanya, pemantauan di bazar Ramadan akan berterusan hingga akhir Ramadan ini bagi memastikan keselamata­n dan kebersihan makanan terjamin.

Katanya, sejak awal Ra- madan, aktiviti pemantauan telah diadakan terhadap 62 premis pembekal bahanbahan mentah seperti ayam, daging, sayur-sayuran dan barangan runcit di negeri ini.

Ini termasukla­h tujuh premis pembekal ais untuk pastikan bahan-bahan mentah yang dibeli dan digunakan bazar Ramadan berkualiti dan selamat untuk dimakan.

Mengikut rekod, sehingga minggu kedua Ramadan, sebanyak 3,065 premis di bazar Ramadan telah diperiksa di mana sembilan notis kompaun telah dikeluarka­n dan 178 arahan pembetulan telah diberikan kepada pengusaha premis terlibat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SAMPEL: Seorang kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri mengambil sampel ayam goreng untuk dianalisis semasa mengadakan operasi pemeriksaa­n di Bazar Ramadan Taman Mahsuri petang kelmarin.
— Gambar Bernama SAMPEL: Seorang kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri mengambil sampel ayam goreng untuk dianalisis semasa mengadakan operasi pemeriksaa­n di Bazar Ramadan Taman Mahsuri petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia