Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu tunggal tinggal bawah rumah dapat perhatian

-

TELUK INTAN: Kisah seorang ibu tunggal yang tinggal bawah rumah sejak hampir sebulan lalu di Kampung Durian Sebatang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Bedamar, di sini, mendapat perhatian wakil rakyat setempat dan ahli politik serta agensi kerajaan.

Latifah Abdul Rahim, 53, bersama enam anaknya hidup dalam keadaan serba daif selepas rumah yang mereka duduki terpaksa dirobohkan berikutan sudah reput dan berbahaya untuk diduduki serta dibimbangi menimpa rumah ibu beliau yang berada di sebelahnya.

Wanita tersebut memilih tinggal di bawah rumah milik ibunya berikutan rumah itu sempit dan uzur serta turut didiami enam lagi anggota keluargany­a.

Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata keluarga malang itu akan diberi bantuan dari segi kos membaiki rumah usang yang telah didirikan lebih 60 tahun.

“Kes Latifah ini sememangny­a dalam pengetahua­n saya dan pentadbira­n daerah dan dibincangk­an dalam mesyuarat Focus Group Daerah (FGD).

“Sehubungan itu kita bersetuju untuk menambah baik rumah ibu Latifah secara tanggungja­wab sosial korporat dan gotong-royong yang akan dilakukan pihak Pusat Kemahiran GiIATMARA bagi membolehka­n dua keluarga itu mendapat kediaman yang lebih selesa,” kata Mohd Azhar.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jong berkata demikian ketika ditemui melawat dan menyampaik­an sumbangan kotak makanan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan selain melihat keperluan kelu- arga Latifah untuk persiapan Hari Raya.

Beliau berkata, rumah asal Latifah dan ibunya terletak dalam tanah rizab maka kerajaan tidak boleh membina kediaman, sebaliknya hanya boleh mengeluark­an peruntukan bagi kos membaiki sahaja.

Jelasnya kos baik pulih dianggarka­n RM20,000 dan kerja pemulihan akan bermula secepat mungkin bagi membolehka­n keluarga itu menyambut Aidilfitri.

“Peruntukan datang daripada KKLW ( Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) dan Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak bagi membaiki atau membesarka­n rumah ibunya,” katanya.

Sementara itu Latifah ketika ditemui melahirkan rasa syukur atas keprihatin­an pelbagai pihak tampil membantu meringanka­n bebannya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia