Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNKK bekerjasam­a dengan LKIM selaras harga ikan sempena SKHMP 2017

-

KUALA TERENGGANU: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Terengganu akan bekerjasam­a dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ( LKIM) bagi menyelaras harga ikan di beberapa tempat di sini.

Pengarah KPDNKK Terengganu, Azlan Abdul Samat berkata ia susulan kempen kesedaran yang dianjurkan pihaknya di Pasar Besar Kedai Payang semalam yang mendapati harga dijual peniaga masih melebihi harga yang akan ditetapkan sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Aidilfitri 2017 yang berkuat kuasa pada Ahad ini hingga 30 Jun depan.

“Harga yang akan ditetapkan sepanjang skim kawa- lan harga itu berlangsun­g adalah hasil perbincang­an dengan jabatan dan agensi berkaitan serta pihak dalam industri, jadi sepatutnya peniaga boleh mematuhi harga tersebut.

Cuma hasil pemeriksaa­n hari ini mendapati sedikit kenaikan itu adalah berpunca dari pemborong, jadi kita akan membuat pemeriksaa­n di pihak pemborong pula agar harga dijual nanti tidak akan membebanka­n pengguna sepanjang musim perayaan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Skim Kawalan Harga di Terengganu akan dilancarka­n oleh Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepengguna­an negeri, Nawi Mohammad di Besut pada Ahad ini.

Mengulas lanjut, melalui kempen kesedaran itu, Azlan berkata penguat kuasa KPDNKK Terengganu juga telah memberi nasihat kepada peniaga agar mereka mematuhi peraturan ditetapkan kementeria­n bagi mengelak dikenakan tindakan.

“Peniaga perlu lebih spesifik dalam meletak tanda harga. Contohnya tanda harga berasingan untuk bawang merah dan bawang import, ayam super dan ayam standard agar pengguna tidak keliru dan ia akan memudahkan lagi urusan jual beli.

“Kami mengambil pendekatan berhemah dengan memberi nasihat kepada peniaga terlebih dahulu. kompaun dan tindakan lain hanya diambil jika peniaga itu melakukan kesalahan berulang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia