Utusan Borneo (Sarawak)

Buruh asing sambut meriah Aidilfitri di Kuala Berang

-

KUALA BERANG: Sambutan Aidilfitri yang akan disambut umat Islam kira-kira 10 hari lagi bukan hanya dirasai masyarakat di Malaysia, namun turut dikongsi warganegar­a asing yang bekerja memerah keringat di negeri ini.

Tinjauan Bernama ke beberapa lokasi tumpuan belibelah di daerah ini mendapati buruh-buruh asing turut tidak ketinggala­n membeli kelengkapa­n untuk sambutan Aidilfitri meskipun berjauhan daripada keluarga.

Husin Omer, 25, yang berasal dari Bangladesh berkata sambutan di Malaysia sangat meriah berbanding di negaranya di mana terdapat makanan yang enak- enak dihidangka­n di pagi Syawal.

“Kini sudah empat tahun saya di Malaysia, dan saya sudah terbiasa dengan makanan di sini..saya sangat menyukai rendang dan lemang dan ini tidak akan dijumpai di Bangladesh...jika disana, selesai solat Hari Raya kami menziarahi rumah kawan seperti di sini.

“Makanan-makanan juga dihidang contoh beriani, kebab, ‘’Shirini’’ (manisan-manisan daripada kekacang). Biasanya tiga hari sebelum raya..akan diberi pelepasan kerja kerana orang Islam ramai di sana untuk pulang ke kampung,” katanya ketika ditemui Bernama.

Sementara itu, Wahyu Agus, 30, warga Indonesia berkata suasana sambutan perayaan di Malaysia juga lebih kurang sama seperti di Indonesia terutamany­a budaya ‘mudik’ (balik kampung) apabila menjelang Hari Raya.

“Kalau waktu lebaran, kampung-kampung akan kembali meriah kerana anak-anak yang kerja di tempat yang jauh pulang ke kampung halaman, begitu juga budaya ‘halal bi halal’ (ziarah-menziarahi dan bermaaf-maafan).

Waktu malam raya pula, kami akan takbir raya mengelilin­gi kampung sama ada menaiki kenderaan atau berjalan kaki untuk takbir bersamasam­a di seluruh kawasan kejiranan..makanan seperti ketupat dan dicicah bersama lauk ‘Opor Ayam’ dan rendang wajib disediakan kerana jika tidak ada, ia tidak dipanggil lebaran,” katanya.

Katanya, di negara ini mewah dengan pelbagai jenis makanan dan hidangan tempatan yang amat digemariny­a termasuk nasi dagang dan laksa Terengganu.

Mengulas mengenai budaya rumah terbuka di kalangan umat Islam di negara ini pada sambutan Aidilfitri ,Wahyu berkata ia turut diadakan di Indonesia, namun katanya di sini ia lebih meriah kerana masyarakat berbilang kaum turut datang meraikan dan memeriahka­n perayaan umat Islam itu bersama-sama tanpa mengira agama dan warna kulit. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia