Utusan Borneo (Sarawak)

Dembele pastikan Stade de France bergema

Perancis bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan England 3-2 pada aksi persahabat­an Selasa lepas

-

PARIS, Perancis: Ousmane Dembele melengkapk­an prestasi cemerlang dengan gol kemenangan apabila Perancis, yang menamatkan permainan dengan 10 pemain, menewaskan England 3- 2 pada satu perlawanan persahabat­an di Paris, di mana bantuan video memainkan satu peranan penting Selasa lepas.

Kapten England, Harry Kane, menjaringk­an dua gol untuk pasukan pelawat di Stade de France, termasuk satu tendangan penalti pada awal separuh masa kedua.

Penalti itu dibuat selepas pengadil perlawanan mendapatka­n bantuan video – yang diuji pada perlawanan ini - dari kekasaran ke atas Dele Alli dan membuat keputusan Raphael Varane selayaknya dilayangka­n kad merah sertamerta perlawanan.

Keputusan itu sesuatu yang kontrovers­i, beberapa minggu selepas badan induk bola sepak dunia ( FIFA), merombak peraturan tahun lepas untuk mengurangk­an kes pemain yang dibuang padang kerana menafikan satu peluang jelas menjaringk­an gol, melainkan kesalahan itu disengajak­an.

Rakan-rakan Varane dan juga penyokong tempatan tidak bersetuju dengan keputusan itu, yang dibuat selepas Samuel Umtit dan Djibril Sidibe mengikat gol pembukaan Kane.

Tetapi kemenangan Perancis walaupun kurang seorang pemain, ternyata mengecewak­an jurulatih England, Gareth Southgate.

“Kami seharusnya menang. Dalam tempoh 90 minit, kami melihat banyak perkara baik – melihat ancaman dan peluang yang dicipta dan juga pemain bermain dengan lebih baik,” kata beliau.

Jurulatih Perancis, Didier dier Deschamps berkata beliauliau gembira melihat pasukannya kembali mencipta kemenan-

Kami seharusnya menang. Dalam tempoh 90 minit, kami melihat banyak perkara baik – melihat ancaman dan peluang yang dicipta dan juga pemain bermain

baik.” dengan lebih Gareth Southgate Jurulatih England

gan selepas tewas kepada Sweden dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 minggu lepas.

“Ia adalah u n t u k m e n a r i k m e - namatkan permainan dengan keme- nangan, terutama sekali selepas kekalahan ( kempen kelayakan). Kami kurang 10 pemain, jadi pujian kepada pemain kerana mereka berdepan pasukan England yang hebat hebat,” kata beliau ketika mem memberitah­u TF1. Ia penutup musim yang hebat, berlangsun­g di hadapan Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Perdana Menteri British, Theresa May dan bermula dengan penghormat­an penuh emosi kepada mangsa serangan keganasan di England baru-baru ini.

Penyokong Perancis, hampirham 80,000 orang dalam stadiu stadium, sama-sama menyanyika­n lagu kebangsaan England dan tafakur seminit untuk mengenang mangsa serangan di Manchester dan London bulan lepas.

England kembali ke Perancis buat kali pertama sejak kempen memalukan di Euro 2016, apabila disingkirk­an oleh Iceland di pusingan kedua.

Southgate melakukan enam pertukaran dari kesebelasa­n utama yang seri 2-2 dengan Scotland pada kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dengan Kane sekali lagi mengetuai pasukan.

Penyerang Tottenham Hotspur itu, penjaring terbanyak Liga Perdana musim ini, menjaringk­an gol penyamaan lewat ketika menentang Scotland dan membuka jaringan buat England di Paris seawal minit kesembilan apabila menyempurn­akan umpanan Raheem Sterling.

Olivier Giroud kemudian melihat gol penyamaan beliau tidak dibenarkan pengadil kerana ofsaid sebelum Perancis terpaksa melakukan pertukaran awal apabila Benjamin Mendy mengalami kecederaan dan diganti oleh Lucas Digne.

Perancis, naib juara Euro 2016, akhirnya mengikat kedudukan pada pertengaha­n separuh masa pertama apabila Umtiti merembat bola muntah selepas penjaga gol England, Tom Heaton menepis satu tandukan Giroud. Heaton kemudian beraksi tangkas menepis satu cubaan Kylian Mbappe tetapi beliau bolos lagi dua minit sebelum rehat dari rembatan bola muntah sekali lagi dan kali ini disempurna­kan oleh Sidibe. England memperoleh­i tendangan penalti dan Varane diperintah meninggalk­an padang dengan Kane menjaringk­an gol penyamaan 2-2 tetapi walaupun kurang s e o r a n g pemain, Perancis memast i k a n k e m e - n a n g a n menerusi r e m - b a t a n D e m - b e l e ketika b e r - baki 12 m i n i t mainan. p e r - — AFP

 ?? — Gambar Reuters — Gambar AFP ?? Para pemain England jelas kecewa ketika berjalan meninggalk­an padang selepas tamat perlawanan di Stade de France, Perancis Selasa lepas. Gambar sisipan Dembele. TERGAMAM: Reaksi Mbappe selepas gagal menjaringk­an gol ketika beraksi pada perlawanan­di...
— Gambar Reuters — Gambar AFP Para pemain England jelas kecewa ketika berjalan meninggalk­an padang selepas tamat perlawanan di Stade de France, Perancis Selasa lepas. Gambar sisipan Dembele. TERGAMAM: Reaksi Mbappe selepas gagal menjaringk­an gol ketika beraksi pada perlawanan­di...
 ??  ?? TEWAS:
TEWAS:
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia