Utusan Borneo (Sarawak)

Costa terima ‘banyak tawaran’ selepas dibenarkan tinggalkan Stamford Bridge

-

LONDON, England: Diego Costa mempunyai ‘banyak tawaran’ untuk dipertimba­ngkan selepas diberitahu oleh pengurus Chelsea, Antonio Conte di mana beliau dibenarkan meninggalk­an Stamford Bridge, menurut abang penyerang antarabang­sa Sepanyol itu.

Walaupun sekali lagi merupakan penjaring terbanyak kelab musim ini, dengan 20 gol untuk membantu Chelsea memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris, beliau sudah dilihat pemain lebihan di kelab.

Laluan sudah diberikan pada akhir musim dengan banyak spekulasi perpindaha­n di mana destinasi utama ialah kembali ke Atletico Madrid atau menerokai dunia baharu di China.

Abang Costa mengakui ada banyak minat ditunjukka­n, dan pemain berusia 28 tahun itu akan membuat keputusan mengenai masa depannya dalam masa terdekat.

Jair Costa berkata: “Diego sudah menerima banyak tawaran. Saya tidak dapat berkata berapa tetapi ada banyak.”

Satu perpindaha­n ke Liga Super China kali pertama dibincangk­an pada bulan Januari, dengan satu tawaran lumayan dilaporkan sudah menanti untuk ditandatan­gani.

Namun benua Asia tidak akan menerima seorang lagi pemain bintang dunia menjelang tahun Piala Dunia 2018.

Jair Costa menambah: “Ia (perpindaha­n ke China) tidak akan berlaku kerana tahun hadapan adalah tahun Piala Dunia dan Diego Costa mahu bermain di Piala Dunia.”

Beliau juga ada mendengar khabar angin Costa akan kembali ke Palmeiras di Brazil.: “Secara jujurnya, saya fikir ia sukar. Ramai rakan menghubung­i saya untuk bertanya mengenai perkara ini tetapi Diego tidak mengulas.”

Tempoh kedua di Atletico mungkin masih dapat berlaku walaupun Atletico ketika ini masih digantung dari mendaftar pemain baharu sehingga bulan Januari tahun hadapan.

“Diego masih sayangkan Atletico, tetapi tiada apa yang pasti ketika ini. Kita harus tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.”

Costa menyertai Chelsea pada 2014 dan sudah menjaringk­an 58 gol dari 119 penampilan bersama Chelsea, membantu kelab memenangi dua kejuaraan Liga Perdana dan satu Piala Liga Inggeris. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIBURU: Costa (kanan) dan rakan sepasukan, Gerrard Pique bersedia untuk memulakan sesi latihan bersama skuad Sepanyol di Stadium New Condomina, Murcia pada 6 Jun lepas.
— Gambar AFP DIBURU: Costa (kanan) dan rakan sepasukan, Gerrard Pique bersedia untuk memulakan sesi latihan bersama skuad Sepanyol di Stadium New Condomina, Murcia pada 6 Jun lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? KAWAL KETAT: Matic (belakang) mengasak pemain Wales, Aaron Ramsey pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Rajko Mitic, Belgrade pada 11 Jun lepas.
— Gambar Reuters KAWAL KETAT: Matic (belakang) mengasak pemain Wales, Aaron Ramsey pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Rajko Mitic, Belgrade pada 11 Jun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia