Utusan Borneo (Sarawak)

Gol Al Salih ‘sulitkan’ China

Piala Dunia 2018: Qatar kejutkan Korea Selatan 3-2 di Doha

-

KUALA LUMPUR, Malaysia: Gol lewat Syria dari Ahmad Al Salih menjejaska­n peluang China untuk melangkah ke Piala Dunia buat kali kedua sementara Qatar mengekalka­n impian tipis apabila mengejutka­n Korea Selatan 3-2 dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia Selasa lepas.

China, yang dibimbing Marcello Lippi, menghampir­i kemenangan kedua mereka dalam aksi Kumpulan A apabila Al Salih menjaringk­an gol dari satu tendangan percuma minit kecederaan untuk mengikat kedudukan 2-2.

Dengan baki dua perlawanan, China berdepan dengan prospek sukar mengejar ketinggala­n enam mata dan perbezaan empat gol sekiranya mahu merampas tangga ketiga Kumpulan A dan memburu satu lagi playoff kelayakan ke Piala Dunia.

Jepun juga tersentak dengan gol penyamaan lewat dari Iraq ketika seri 1-1 dan gagal menjarakka­n kedudukan dari pencabar terdekat, Arab Saudi dan Australia di tangga teratas Kumpulan B.

Qatar bagaimanap­un mencuri tumpuan apabila menentang pasukan yang kerap beraksi di Piala Dunia, Korea Selatan di Doha ketika krisis politik rantau Teluk bermula ekoran sekatan diplomatik dan ekonomi oleh negara jiran, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain serta Mesir berikutan dakwaan pertalian dengan kumpulan pengganas.

Qatar kelihatan beraksi lebih tenang dalam padang dengan dua gol Hassan Al Haydos memastikan kemenangan kedua dari lapan perlawanan untuk membolehka­n mereka mengumpul tujuh mata un- tuk satu peluang tipis menamatkan saingan di tangga ketiga kumpulan.

Hanya dua pasukan teratas dari Kumpulan A dan B layak secara automatik ke Piala Dunia di Rusia tahun hadapan dan pasukan di tangga ketiga masing-masing akan bertemu untuk bermain playoff kelayakan terakhir menentang pasukan dari Zon CONCACAF.

Al Haydos meletakkan Qatar di hadapan dari satu tendangan percuma cantik pada minit ke25 dan kemudian membantu tuan rumah Piala Dunia 2022 itu menambah jaringan dengan umpanan kepada Akram Afif pada minit ke-52.

Korea Selatan, yang menguasai hampir 63 peratus permainan, bangkit mengikat kedudukan menerusi gol Ki Sung-yeung dan Hwang HeeChang pada minit ke-62 dan 70 tetapi Qatar menjaringk­an gol kemenangan apabila Al Haydos menyempurn­akan hantaran Rodrigo Tabata empat minit kemudian.

Pada perlawanan awal, Jepun kelihatan membayangk­an satu kemenangan pada perlawanan di Tehran selepas Yuya Osaka membuka jaringan tetapi Mahdi Kamil menjaringk­an gol penyamaan pada minit ke-73.

Jepun berada hanya satu mata di hadapan Arab Saudi dan Australia, dua lawan terakhir mereka dalam apa yang pastinya penamat hebat dalam saingan Kumpulan B.

UAE hanya beberapa saat dari pengesahan gagal layak ke Rusia 2018 sebelum Ali Mabkhout menjaringk­an gol penyamaan pada minit kecederaan untuk mengikat Thailand 1-1.

Keputusan seri itu bermakna UAE boleh menamatkan saingan di tangga ketiga Kumpulan B tetapi seperti China, mereka memerlukan kemenangan besar pada dua perlawanan terakhir dan mengharapk­an keputusan lain memihak kepada mereka.

China hanya melangkah sekali ke Piala Dunia, pada 2002, tetapi negara mereka membuat persediaan awal untuk memburu hak penganjura­n dan juga memenangi Piala Dunia di masa hadapan.

Lippi, yang pernah membimbing Itali memenangi Piala Dunia 2006, menyaksika­n pasukannya bangkit dari gol pembukaan Syria dari tendangan penalti Mahmoud Al Mawas, dengan gol penyamaan Gao Lin dan gol pendahulua­n Wu Xi.

Tetapi Salih menjaringk­an gol penyamaan pada minit akhir untuk memastikan satu mata berharga buat Syria.

Jepun kelihatan selesa dalam Kumpulan A tetapi mereka pastinya menyalahka­n diri mereka sendiri kerana terlepas dua mata penting ketika menentang Iraq. — AFP

 ?? — Gambar Bernama ?? AKSI BERTENAGA: Al Mawas ( jersi 9) ceria selepas menjaringk­an gol menerusi sepakan penalti pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Hang Jebat di Melaka malam kelmarin.
— Gambar Bernama AKSI BERTENAGA: Al Mawas ( jersi 9) ceria selepas menjaringk­an gol menerusi sepakan penalti pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Hang Jebat di Melaka malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia