Utusan Borneo (Sarawak)

Kita puji Ranieri pilih terajui Nantes

-

NANTES, Perancis: Presiden Nantes, Waldemar Kita, memberikan pujian kepada bekas pengurus Leicester City, Claudio Ranieri, yang memilih untuk menjadi jurulatih kelab Ligue 1 Perancis itu walaupun dikaitkan dengan beberapa kelab di China dan England.

Nantes sudah menerima pengecuali­an khas dari Persekutua­n Liga Perancis (LFP) untuk mendapatka­n khidmat jurulatih dari Itali itu kerana beliau sudah mencecah had usia 65 tahun.

“Rundingan berjalan lancar,” kata Kita kepada AFP, sambil mendedahka­n Ranieri akan berlepas dari Rom ke Paris untuk bertemu beliau Ahad ini.

Ranieri, akan tiba dengan kontrak dua tahun dan akan dibantu oleh empat penolong dan penyelia – kesemua warga Itali seperti beliau – ketika Nantes memburu kejuaraan Ligue 1 yang pertama sejak 2001.

“Saya fikir pengurusan kelab kami menarik perhatian beliau dan juga tiada orang tengah di antara jurulatih dan presiden,” jelas Kita.

“Saya sudah berurusan dengan seorang yang baik, sopan dan dinamik yang ke- lihatan lebih muda dari usia sebenarnya.

“Kami harus menyediaka­n beliau landasan untuk memastikan kami melonjak lebih tinggi (kedudukan liga).

“Hakikat di mana beliau hanya menjawab kepada saya, tiada orang tengah di antara kami, kelihatan penentu keputusan beliau.”

Nantes menamatkan saingan liga musim lepas di tangga ketujuh tetapi seminggu yang lalu, membenarka­n jurulatihn­ya, Sergio Conceicao kembali ke Portugal untuk mengisi jawatan di FC Porto. — AFP

 ?? — Gambar Bernama ?? Atlet Program Kita Juara 2017 (dari kiri) Nurul Izzatul Hikmah Md Zulkifli, Siti Nor Zubaidah Che Ab Wahab (Sepak Takraw Wanita), Mohd Syahir Rosli dan Zuleffendi Sumari (Sepak Takraw), Mohd Faiz Roslan (kiri) dan Ab Muhaimi Che Bongsu (Chinlone)...
— Gambar Bernama Atlet Program Kita Juara 2017 (dari kiri) Nurul Izzatul Hikmah Md Zulkifli, Siti Nor Zubaidah Che Ab Wahab (Sepak Takraw Wanita), Mohd Syahir Rosli dan Zuleffendi Sumari (Sepak Takraw), Mohd Faiz Roslan (kiri) dan Ab Muhaimi Che Bongsu (Chinlone)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia