Utusan Borneo (Sarawak)

Arsenal diketepi, Lyon buka laluan PSG ‘sambar’ Lacazette

-

PARIS, Perancis: Lyon menjemput tawaran dari Paris Saint Germain (PSG) untuk Alexandre Lacazette berikutan dengan minat semakin mendalam dari kelab Liga Perdana Inggeris.

Arsenal difahamkan menyasarka­n pemain antarabang­sa Perancis itu sejak beberapa tahun dan mereka dikatakan antara beberapa kelab yang berminat selain Liverpool dan Manchester United.

Lacazette bagaimanap­un mungkin akan kembali ke tanahairny­a jika satu perpindaha­n dicapai.

Presiden Lyon, JeanMichel Aulas berkata beliau lebih suka untuk mencapai persetujua­n dengan pesaing domestik berbanding satu perpindaha­n ke England.

Beliau memberitah­u majalah France Football: “Saya tahu Nasser (pemilik PSG) mencadangk­an kepada Noel Le Graet (Presiden Persekutua­n Bola Sepak Perancis)di mana beliau tidak melabur begitu banyak ke atas pemain Perancis kerana be- liau memikirkan presiden kelab lain tidak menyukai kelabnya.

“Saya mahu beliau tahu jika beliau membuat satu tawaran untuk Alexandre yang hampir sama dengan tawaran kelab lain, maka Alex boleh pergi ke PSG tanpa masalah.

“Saya seorang ahli perniagaan dan presiden sebuah kelab moden. Wang perpindaha­n harus dilaburkan semula ke dalam bola sepak Perancis, sama seperti yang saya lakukan ketika kami di pengurusan tertinggi.

“Apabila wang perpindaha­n dilaburkan di luar negara, ia sebaliknya memperkuat­kan pesaing (Perancis) kami.”

Lacazette mengharung­i kempen berjaya di Lyon dan mula menyerlah pada musim 2013/2014 apabila menjaringk­an 129 gol dari 275 penampilan.

Ia termasuk rekod terbaik peribadi beliau 37 gol pada musim lepas.

Sekiranya beliau berpindah ke PSG, beliau akan berganding­an dengan seorang lagi penyerang berbisa Ligue 1, Edinson Cavani. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? JADI REBUTAN: Lacazette (kanan) bersaing dengan pemain Paraguay, Miguel Samudio pada aksi persahabat­an di Stadium Roazhon Park, Rennes pada 2 Jun lepas.
— Gambar AFP JADI REBUTAN: Lacazette (kanan) bersaing dengan pemain Paraguay, Miguel Samudio pada aksi persahabat­an di Stadium Roazhon Park, Rennes pada 2 Jun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia