Utusan Borneo (Sarawak)

PAVB dan empat agensi anjur ‘Merdeka Fun Run’, ‘Fun Ride PAVB’ Empat atlet wushu S’wak dipilih mewakili negara ke Sukan SEA

-

BINTULU: Persatuan Anaq Vaie Bintulu (PAVB) dengan kerjasama Pejabat Daerah Bintulu disokong Kelab Berbasikal Jepak, Naim Land Sdn Bhd serta Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu menganjur ‘Merdeka Fun Run’ dan ‘Fun Ride PAVB 2017’ pada 5 dan 6 Ogos akan datang.

Program itu diadakan di Naim Paragon Street Mall di sini sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n ke-60 Peringkat Negeri Sarawak berpusat di Bintulu.

Presidan PAVB, Pandi Suhaili berkata, penganjur menyasarka­n 1,500 peserta untuk ‘Merdeka Fun Run’ dan 500 peserta lagi untuk ‘Fun Ride PAVB 2017’ dengan penyertaan terbuka untuk semua manakala penyertaan kanakkanak harus ditemani ibu bapa masing-masing.

Katanya ‘Merdeka Fun Run’ akan diadakan pada 5 Ogos dengan pelepasan peserta pada jam 8.15 pagi manakala pe- lepasan ‘Merdeka Fun Ride’ pada jam 7 pagi 6 Ogos di Naim Paragon Street Mall.

“Laluan larian akan diberi kepada polis dan jawatankua­sa teknikal penganjur, manakala jerayawara akan diadakan menumpu kepada pengisian program iaitu pameran daripada agensi, ekspo keusahawan­an serta pentas hiburan dan kebudayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berkenaan program itu dan Iftar Ramadan PAVB di Hotel Parkcity Everly petang kelmarin.

Beliau berkata, aktiviti itu mampu membantu aspek promosi pelbagai program, menjalin kerjasama erat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk membawa pulangan baik kepada masyarakat sekali gus memperkena­l PAVB sebagai sebuah pertubuhan sosial agresif dan dinamik.

“Sebagai penganjur utama, peranan PAVB untuk memacu peningkata­n produktivi­ti dan pembanguna­n strategik PAVB dalam memberi tumpuan memperkasa persatuan serta penyertaan belia yang mempunyai potensi besar memacu produktivi­ti komuniti setempat,” katanya.

Jelasnya, PAVB akan memberi pengiktira­fan kepada golongan belia sebagai usaha mendorong penglibata­n dalam pelbagai pihak dalam agenda pembanguna­n masyarakat dinamik dan progresif. KUCHING: Empat atlet wushu Sarawak dipilih mewakili negara pada temasya Sukan SEA Ke-29 yang akan berlangsun­g di Dewan KLCC 5, Kuala Lumpur dari 20 hingga 22 Ogos depan.

Mereka ialah atlet berpengala­man Diana Bong Siong Lin dan adiknya Gjeblehem Bong Teck Fuu, Loh Jack Chang dan Audrey Chan Yee Jo.

Setiausaha Persekutua­n Wushu Sarawak (WFS), William Kong berkata ia satu lagi pencapaian untuk menaikkan reputasi Sarawak sebagai kuasa sukan wushu di Malaysia yang telah melahirkan ramai atlet mewakili negara.

“Sebenarnya, ini rekod baru bagi WFS memandangk­an ini mungkin kali pertama empat alet kita dipilih mewakili negara.

“Keempat-empat mereka dipilih oleh panel pemilih terdiri daripada jurulatih kebangsaan, jawatankua­sa pemilihan Persekutua­n Wushu Malaysia (WFM) dan bekas jurulatih kebangsaan,” katanya semalam.

Menurutnya, skuad wushu negara terdiri daripada enam atlet lelaki dan enam wanita, di mana dua hingga tingga daripada mereka berpengala­man dan pernah memenangi pingat pada Kejohanan Dunia, Sukan SEA dan Asian.

“Ia merupakan pengalaman berguna bagi Gjeblehem kerana membuat penampilan sulung pada Sukan SEA,” tambahnya.

Loh dan Audrey akan bertanding dalam acara taijiquan dan taijijian manakala Diana dan Gjeblehem berentap dalam acara nanquan, nandao dan nangun.

“Saya percaya mereka mampu memenangi pingat jika semua mereka beraksi dengan baik. Tambahan lagi, mereka telah bertanding pada Sukan SEA sebelum ini dan mahu menyumbang sesuatu di tempat sendiri,” ujar Kong.

Menurut Kong, atlet dari Vietnam dan Indonesia dijangka memberikan cabaran sengit terhadap skuad negara.

Atlet lain dalam skuad wushu negara termasuk Wong Weng Soon, Yeap Wai Kin, Khaw Jun Lim and Ho Mun Hua (lelaki), Phoon Eyin, Loh Ying Ting, Aggie Cheah Ruey Shin dan Tai Cheau Xuen (wanita).

Kesemua 12 atlet kebangsaan sedang mengikuti latihan di Fuzhou, China bermula sejak 4 Jun hingga 2 Julai depan.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Pandi (duduk tengah) pada sidang media kelmarin.
SIDANG MEDIA: Pandi (duduk tengah) pada sidang media kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia