Utusan Borneo (Sarawak)

47 peserta ikuti Kursus Sains Sukan Kebangsaan Tahap II

-

KUCHING: Seramai 47 peserta dari pelbagai persatuan sukan, sekolah dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) menyertai Kursus Sains Sukan Kebangsaan Tahap II di bawah Akademi Kejurulati­han Kebangsaan bertempat di Pusat Akuatik Pandelela Rinong dari 12-16 Jun 2017.

Koordinato­r Kursus, Jubali Suhaili berkata respons terhadap kursus tersebut amat menggalakk­an.

Guru pelatih yang juga ahli Persatuan Taekwondo Sarawak (WTF) dari IPG- KTAR di bawah Dr Chin Ngien Siong akan diiktiraf dengan Sains Sukan Tahap III sebaik menamatkan kursus tersebut yang menyediaka­n laluan profesion sebagai guru dan jurulatih kepada mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) merangkap Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Dr Ong Kong Swee berkata mendapatka­n sijil Sains Sukan Tahap I, II dan III menjadi pra-syarat kepada mana-mana jurulatih untuk diiktiraf di bawah program kejurulati­han SSC dan MSNS.

Ujarnya, ia penting sebagai usaha melahirkan jurulatih profesiona­l dan berkualiti tinggi untuk mencapai objektif kerajaan negeri digariskan di bawah Bidang Keberhasil­an Utama (KRA) 6 Sarawak iaitu menjadikan negeri ini kuasa sukan di Malaysia.

Kursus berkenaan dikendalik­an oleh barisan tenaga pengajar yang dilantik oleh Akademi Kejurulati­han Kebangsaan merangkumi Dr Chin Ngien Siong, Gordon Nicolaus Jemat Anchang, Dana Raja Narayanasa­my, Lim Eng Hooi, Rizal dan Dr Pathmantha­n K Suppiah.

 ??  ?? TINGKAT PENGETAHUA­N: Jubali (duduk enam kiri) bersama peserta kursus.
TINGKAT PENGETAHUA­N: Jubali (duduk enam kiri) bersama peserta kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia