Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga diberitahu tidak sembunyi simpanan kelapa

- Oleh Borhaniza Ali Basah

PENIAGA diberitahu supaya tidak menyembuny­ikan simpanan kelapa mereka ketika musim perayaan ini dengan harapan untuk menjualnya pada harga lebih tinggi.

Ketua Cawangan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Sibu Kasim Mana berkata, ini kerana kelapa menjadi salah satu barang kawalan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dan peniaga wajib mematuhi harga ditetapkan.

“Apabila Skim Kawalan Harga Musim Perayaan dikuatkuas­akan kelak, tindakan undangunda­ng akan diambil ke atas peniaga tidak bertanggun­gjawab menyimpan atau menaikkan harga barang yang dikawal di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­uan 2011.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau hukuman tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

“Orang ramai yang mengetahui peniaga melanggar arahan diminta melaporkan kepada KPDNKK dengan segera,” katanya ketika ditanya sama ada peniaga di sini mengalami masalah kekurangan bekalan kelapa semasa musim perayaan ini.

Dilaporkan salah seorang peniaga kelapa di Kampung Nangka Majidi Omar mendakwa dia mengalami masalah kekurangan kelapa tahun ini.

Sementara itu, salah seorang peniaga kelapa ‘Man Pisang’ di Kampung Hilir di Sibu berkata, beliau menghadapi kesukaran mendapat bekalan kelapa tua yang mencukupi pada tahun ini.

Malah, untuk mendapatka­n bekalan baharu beliau terpaksa menunggu hampir dua atau tiga hari sebelum bekalan sampai.

Beliau berpendapa­t, faktor cuaca menyebabka­n bekalan kelapa sukar diperolehi pada tahun ini.

Man Pisang yang berniaga kelapa lebih 12 tahun berkata, kelapa tua diparut sebelum diperah untuk mendapatka­n santannya merupakan bahan penting untuk masakan kari, lemang, ketupat dan sebagainya. “Saya biasanya menempah 600 biji kelapa tua dan hanya cukup untuk tiga hari. Bekalan kelapa saya perolehi dari Kabong,” katanya. Beliau juga berpendapa­t bekalan kelapa tua pada musim perayaan ini mungkin tidak mencukupi kerana kesukaran mendapatka­n bekalan.

“Pada musim perayaan, saya menempah kira-kira 2,000 hingga 3,000 biji kelapa tua kerana permintaan amat tinggi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? GERAN: Noraini (dua kiri) mewakili Simoi menyampaik­an geran kerajaan kepada salah sebuah JKKK di Masjid Mualimin Kampung Maludam.
GERAN: Noraini (dua kiri) mewakili Simoi menyampaik­an geran kerajaan kepada salah sebuah JKKK di Masjid Mualimin Kampung Maludam.
 ??  ?? KELAPA TUA: Man Pisang menunjukka­n kelapa tua yang mendapat permintaan tinggi semasa musim perayaan.
KELAPA TUA: Man Pisang menunjukka­n kelapa tua yang mendapat permintaan tinggi semasa musim perayaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia