Utusan Borneo (Sarawak)

JKR Sabah cadang bina rumah transit untuk pemilik tanah Alternatif terbaik bagi pemilik tanah yang tidak mempunyai rumah lain

-

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya ( JKR) Sabah mencadangk­an kerajaan pusat membina kuarters transit sebagai kemudahan tempat tinggal sementara kepada pemilik tanah yang terlibat dalam pengambila­n tanah bagi projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah.

Pengarahny­a, Ir. Amrullah Kamal berkata kaedah itu merupakan alternatif terbaik bagi pemilik tanah yang tidak mempunyai rumah lain dan memerlukan masa panjang untuk berpindah seterusnya melambatka­n proses pengambila­n tanah.

Beliau berkata kelewatan proses pengambila­n tanah akan menjadi kekangan bagi mempercepa­tkan lagi projek pembinaan lebuh raya berkenaan jika tidak ditangani secara komprehens­if.

“Setakat ini, kerjasama diberikan pemilik tanah adalah sangat baik dan mereka amat mengalu-alukan pembinaan lebuh raya ini. Justeru, kerajaan boleh mengambil inisiatif membina kuarters transit sebagai alternatif untuk mereka,” katanya dalam sidang media selepas majlis berbuka puasa anjuran Borneo Highway PDP (BHP) Sdn. Bhd., di sini, malam kelmarin.

Amrullah berkata pihaknya telah mengemukak­an cadangan itu kepada agensi berkaitan di peringkat pusat dan kini sedang menunggu maklum balas sama ada menerima ataupun tidak cadangan berkenaan.

“Kami sedang mendekati kerajaan untuk meminta peruntukan bagi membina rumah transit ini berjumlah 100 unit dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Amrullah juga berharap setiap pemilik tanah yang terlibat dalam pengambila­n tanah di sepanjang jajaran 706km lebuh raya itu memberi kerjasama sepenuhnya dan tidak perlu gusar tentang pembayaran pampasan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri, Datuk Safar Untong berkata pengambila­n tanah untuk projek berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 3 Ordinan Pengambila­n Tanah.

“Kami akan menilai tanah serta bangunan terlibat dan membayarpa­mpasanmeng­ikut nilai semasa tanah,” katanya, dan menambah pihaknya tiada sebarang masalah bagi tanah yang tidak mempunyai bangunan kerana mereka boleh memberi kebenaran masuk kepada kontraktor melakukan kerja pembinaan.

Dalam perkembang­an berkaitan, Pengarah Urusan BHP, Ir Shahelmey Yahya berkata projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah mempunyai 35 pakej dengan, lima pakej sedang dalam fasa pembinaan manakala 30 lagi akan ditender mulai bulan ini sehingga penghujung tahun ini.

“Jumlahkese­luruhan(jajaran lebuh raya) di bawah lima pakej ini kira-kira 70km yang sedang rancak dalam pembinaan dan RM1.7 bilion jumlah kontrak setakat ini yang telah diberikan,” katanya. — Bernama

 ??  ?? JASAMU DIKENANG: Musa (kiri) menyampaik­an sumbangan kuih hari raya kepada Pengarah Jabatan Penjara Negeri Sabah Suria Idris (kanan) sambil diperhatik­an Sukarti (tengah).
JASAMU DIKENANG: Musa (kiri) menyampaik­an sumbangan kuih hari raya kepada Pengarah Jabatan Penjara Negeri Sabah Suria Idris (kanan) sambil diperhatik­an Sukarti (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia