Utusan Borneo (Sarawak)

APM Sabah terima lima lori, bot bernilai RM4 juta

-

KOTA KINABALU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) Sabah semalam menerima lima lori 5 tan dan sebuah bot pelbagai guna jenis Amphibious Sealegs bagi memperkuku­h lagi gerak kerja jabatan itu dalam pengurusan serta operasi menyelamat dan menghadapi bencana alam.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wariman berkata aset dan logistik baharu sumbangan kerajaan Persekutua­n yang bernilai lebih kurang RM4 juta itu berupaya meningkatk­an lagi kelancaran dan keupayaan mobility sekali gus memastikan pengoperas­ian bencana seperti banjir dilakukan secara lebih efisien.

“Bagi pihak kerajaan negeri dan JPBN Sabah, saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan persekutua­n atas penyediaan aset yang penting ini. Saya yakin aset dan logistik ini akan dapat membantu memudahkan lagi kerja-kerja mengurus bencana banjir dan mangsa-mangsa terlibat,” katanya.

Beliau menyerahka­n kesemua aset terbabit kepada lima daerah iaitu Kota Kinabalu, Kudat, Keningau, Beaufort dan Tawau dalam sebuah majlis diadakan di sini, semalam.

Sukarti yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah berkata walaupun lori dan bot berkenaan diserahkan kepada lima daerah terbabit, namun, aset itu boleh digunakan daerah berdekatan jika berlaku sebarang bencana atau musibah sama ada di darat, laut atau sungai.

Sementara itu, Pengarah APM Sabah Kolonel (PA) Mulliadi Al- Hamdi Ladin berkata dengan penambahan aset dan logistik baharu itu, APM Sabah kini mempunyai 16 lori dan 46 bot.

APM Sabah akan menerima sebuah lagi bot dan 10 lagi lori masing-masing lima akan diserahkan selewat-lewatnya penghujung tahun dan lima lagi pada tahun depan, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERKUKUH OPERASI: Sukarti (kanan) menyerahka­n Kenderaan Operasi dan Logistik Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Fasa Pertama kepada wakil Pejabat Daerah Pertahanan Awam Beaufort semalam. Turut hadir Mulliadi (tengah).
— Gambar Bernama PERKUKUH OPERASI: Sukarti (kanan) menyerahka­n Kenderaan Operasi dan Logistik Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Fasa Pertama kepada wakil Pejabat Daerah Pertahanan Awam Beaufort semalam. Turut hadir Mulliadi (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia