Utusan Borneo (Sarawak)

UMNO Pensiangan peruntuk RM66,000 kepada masjid, surau

-

KENINGAU: Sepanjang bulan Ramadan ini, UMNO Bahagian Pensiangan memperuntu­kkan bantuanpro­gramtanggu­ngjawab sosial korporat (CSR) sejumlah RM66,000.

Bantuan diberikan kepada badan surau dan masjid serta kelas bimbingan saudara baharu termasuk golongan asnaf, warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya di kawasan Parlimen Pensiangan.

Ketua Bahagian Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin berkata peruntukan itu akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

“Dalam Jelajah Ramadan kali ini, UMNO Pensiangan bukan sahaja menyampaik­an bantuan semata-mata akan tetapi mengetahui permasalah­an rakyat secara lebih dekat seterusnya diajukan kepada pihak berwajib,” katanya.

Beliau ditemui pada Ziarah Ramadan dan Program Mem- bara UMNO Pensiangan di Kampung Kabuan yang terletak di daerah kecil Sook kira-kira 100 kilometer dari sini, barubaru ini.

Ghani berkata dengan adanya bantuan itu, sekurang-kurangnya dapat membantu meringanka­n golongan memerlukan untuk meneruskan kelangsung hidup serta dapat membaik pulih surau dan masjid yang usang untuk keselesaan umat Islam dalam menunaikan kewajipan.

Sementara itu, beliau berkata umat Islam dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahka­n Majlis Iftar Ramadan Zon Empat dan perasmian Masjid Al-Hidayah yang baharu di Nabawan bersama Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman pada 16 Jun ini.

Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO Pensiangan Jehan Osman Ongkomog dan AJK bahagian serta Pemuda UMNO Pensiangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia