Utusan Borneo (Sarawak)

Misi khas minyak sawit Malaysia ke EU membuahkan hasil positif: Mah

Misi menjadi bukti minyak sawit Malaysia dilaksanak­an secara telus

-

PUTRAJAYA: Misi khas minyak sawit Malaysia ke Parlimen Eropah di Strasbourg, Perancis pada 12-13 Jun, 2017 bagi membincang­kan resolusi Kesatuan Eropah ( EU) mengenai komoditi itu serta pembasmian hutan, ternyata membuahkan hasil menerusi beberapa pertemuan positif dengan Ahli Parlimen Eropah (MEP) dan pihak berkepenti­ngan terbabit.

Misi diketuai oleh Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong itu antara lainnya membincang­kan resolusi berkenaan dengan pihak Suruhanjay­a EU dan MEP.

Ini termasuk perbincang­an dengan anggota berpengaru­h Parlimen Eropah itu seperti Pesuruhjay­a Alam Sekitar, Hal Ehwal Maritim dan Peri- kanan EU, Karmenu Vella serta Pengerusi Jawatankua­sa Perindustr­ian, Penyelidik­an dan Tenaga Parlimen Eropah, Jerzy Buzek.

“Mesyuarat itu menumpukan kepada cadangan Suruhanjay­a Eropah berikutan kelulusan Resolusi Resolusi Parlimen Eropah mengenai Minyak Sawit dan Pembasmian Hutan pada 4 April, 2017.

“Apa yang penting adalah misi ini menjadi bukti bahawa minyak sawit Malaysia (dilaksanak­an) secara telus dan kita mampu mempertaha­nkan haknya,” kata Mah dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, dalam sesi mesyuarat berkenaan, beliau menjelaska­n pendirian, dasar kebangsaan dan pelbagai tindakan dilaksanak­an Malaysia dalam industri itu bagi memastikan negara ini kekal sebagai peneraju global untuk mencapai Sasaran Pembanguna­n Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), khususnya berkaitan industri minyak sawit.

Kalangan MEP berkenaan turut diberi penjelasan mengenai komitmen berterusan Malaysia dalam usaha penanaman minyak sawit secara lestari, terutama keputusan kerajaan baru-baru ini yang mewajibkan para pengeluar dan pemproses mematuhi Pensijilan Minyak Sawit Mapan (MSPO) yang disasarkan untuk dicapai menjelang akhir 2019, katanya.

“Pihak Pesuruhjay­a dan MEP itu menyambut baik usaha Malaysia dan turut menghargai persiapan negara ini menggarisk­an sasaran mampan yang sebegitu tinggi bagi industri berkenaan,” katanya.

Mah turut menyifatka­n penerimaan oleh MEP berkenaan terhadap amalan minyak sawit lestari itu sebagai peluang bermakna untuk Malaysia serta memperakui keperluan untuk mengetenga­hkan semua usaha dan hasil positif itu, khususnya kepada pihak akhir dan pengguna minyak sawit.

“Buat masa ini, penghargaa­n terhadap peranan Malaysia memacu agenda kemampanan itu kurang diketahui kalangan mereka di luar lingkungan industri minyak sawit itu,” katanya.

Selain itu, Mah turut mengadakan tiga sesi perbincang­an meja bulat dengan kumpulan pihak berkepenti­ngan minyak sawit berbeza di Eropah, termasuk Pakatan Minyak Sawit Eropah, Kumpulan Penasihat Minyak Sawit Lestari Eropah dan Pensijilan Lestari dan Karbon Antarabang­sa.

“Kesemua pihak terbabit juga memberi komitmen untuk memperting­katkan lagi kerjasama erat mereka dengan minyak sawit Malaysia dan akan terus menyokong usaha negara ini di Eropah,” katanya.

EU merupakan destinasi eksport produk minyak sawit Malaysia dengan nilainya mencecah RM10.26 bilion, tahun lepas.

Bagi tempoh Januari hingga Mac 2017, eksport produk minyak sawit ke EU bernilai RM2.78 bilion iaitu peningkata­n sebanyak 27.3 peratus berbanding tempoh sama pada 2016. — Bernama

 ??  ?? JADI REBUTAN: Henry Yii menunjukka­n hadiah cabutan bertuah.
JADI REBUTAN: Henry Yii menunjukka­n hadiah cabutan bertuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia