Utusan Borneo (Sarawak)

Penganalis­is ekonomi unjur pertumbuha­n ekonomi global 2.9 peratus pada 2017

-

NEW YORK: Penganalis­is ekonomi di The Conference Board, agensi penyelidik­an perniagaan New York, mengunjurk­an peningkata­n kitaran semasa dan produktivi­ti yang pulih akan meningkatk­an pertumbuha­n global kepada 2.9 peratus pada 2017, naik berbanding 2.5 peratus pada tahun lepas.

Dalam laporan Prospek Ekonomi Global terkininya yang dikeluarka­n baru-baru ini, The Conference Board, yang memenangi Anugerah Ketepatan Unjuran 2016 US Consensus Economics, berkata Indeks Ekonomi Utama bagi ekonomi global menunjukka­n petunjuk utama yang kukuh di seluruh dunia, terutamany­a di pasaran sedang pesat membangun, khususnya di India dan China.

Walaupun kebanyakan pada 2015 dan 2016 menunjukka­n dinamik kitaran perniagaan yang lemah dengan risiko kemeleseta­n lebih besar pada akhir 2015 dan pada awal 2016, katanya pemulihan baru-baru ini mencermink­an penggabung­an kuasa positif.

“Pengguna yang kukuh dan keyakinan perniagaan, pasaran saham yang kukuh, pemulihan dalam kitaran industri global, dan peningkata­n kadar perdaganga­n global baru-baru ini semuanya kepada pengukuhan dinamik kitaran,” jelas Bart van Ark, Ketua Ekonomi di The Conference Board.

Bagaimanap­un, van Ark turut mengingatk­an pemulihan disokong oleh peningkata­n dalam produktivi­ti, boleh lenyap jika perniagaan tidak memacu pelaburan.

Beliau berkata cabaran jangka sederhana dapat dilihat dalam penawaran buruh yang perlahan dan kadar yang lembap, dan teknologi baharu membawa kepada potensi pertumbuha­n yang tinggi bagi ekonomi global.

Anggaran terkini petunjuk ekonomi utama secara bulanan dan pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku tahunan menunjukka­n keyakinan yang meningkat dalam kalangan perniagaan dan pengguna pada suku tahun baru-baru ini yang akhirnya membawa kepada impak yang positif ke atas ‘ekonomi sebenar’, kata van Ark.

Beliau menjangka ekonomi yang matang, terutamany­a di barat dan Jepun, akan menunjukka­n ‘peningkata­n kecil’ naik daripada 2.0 peratus pada 2016 kepada 2.1 peratus pada 2017, bagaimanap­un mengingatk­an dinamik kitaran yang telah membantu prospek Kawasan Euro, lemah di UK walaupun sebelum undian Brexit pada tahun lepas.

Pertumbuha­n UK diunjurkan 1.5 peratus pada 2017, bagaimanap­un ketidakten­tuan ekonomi pada masa ini dan strategi selepas Brexit akan meningkatk­an risiko terhadap prospek tersebut.

Antara ekonomi sedang pesat membangun, yang menarik perhatian adalah prestasi ekonomi India dan China, dengan ekonomi India pulih dengan baik selepas penyahwang­an pada akhir 2016 manakala China mengatasi jangkaan dengan suku pertama yang agak kukuh, hasil daripada kitaran industri global yang kukuh.

Bagaimanap­un, pertumbuha­n China pada masa akan datang masih menghadapi risiko susulan dasar fiskal dan monetari yang semakin kurang memberi sokongan, boleh menyumbang kepada persekitar­an yang lembap bagi pelaburan perniagaan dan hartanah,” kata van Ark.

The Conference Board mengurangk­an unjurannya bagi Timur Tengah dan Turki yang menghadapi peningkata­n ketidakten­tuan politik, memberi kesan kepada ekonomi utama rantau itu, termasuk Arab Saudi dan Mesir.

Ahli Ekonomi The Conference Board turut menyentuh isu-isu utama kepentinga­n global.

Walaupun Perkongsia­n Trans-Pasifik tidak diteruskan oleh Presiden AS Donald Trump, pentadbira­n dijangka ke arah rundingan mengenai membuat perubahan dalam perjanjian perdaganga­n sedia ada di bawah Perjanjian Perdaganga­n Bebas Amerika Utara dengan dua rakan lain, Kanada dan Mexico.

“Perkongsia­n Ekonomi dan Kerjasama Serantau yang diterajui China pada dasarnya merupakan kerjasama yang menumpukan kepada perdaganga­n barangan antara negara anggota manakala TPP fokus kepada pelbagai isu dengan implikasi yang lebih luas,” kata Jing Sima-Friedman, Ahli Ekonomi Kanan di The Conference Board kepada Bernama.

Sima- Friedman, yang mengetuai projek penyelidik­an makroekono­mi mengenai pasaran sedang pesat membangun, berpendapa­t inisiatif Satu Jalur Satu Laluan China masih dalam pelaksanaa­n dan pelaburan infrastruk­turnya, menurut anggaran tidak rasmi, dijangka mencecah AS$3 trilion (AS$1=RM4.25). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia