Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan promosi Yung Kong semarak keceriaan rai Aidilfitri

-

KUCHING: Yung Kong Paint & Power Tool kini mengadakan jualan promosi Hari Raya Aidilfitri sehingga 18 Jun (Ahad ini) di kedai Yung Kong, Pending di sini.

Jualan promosi yang dimulakan sejak 9 Jun lalu menyediaka­n pelbagai jenis cat dan peralatan elektrik jenama Bosch ditawarkan.

Pengurus Besar Yung Kong, Henry Hii berkata cat berjenama Trans Paint adalah satu-satunya produk tempatan di Malaysia Timur yang telah berada di pasaran selama 30 tahun.

Untuk menghasilk­an cat berkualiti antarabang­sa, Yung Kong telah menjalin kerjasama dari aspek sokongan teknologi dengan Syarikat Ralston yang merupakan organisasi berpangkal­an di Belanda dalam menghasilk­an warna-warna cat berbeza dan tersendiri.

Henry berkata mesin berkompute­r boleh mencampurk­an 1,500 warna yang berbeza bagi menghasilk­an warna yang unik seperti kelihat kusam (matte), kilauan atau kasar.

Malah pelanggan boleh memilih warna dan saiz bekas cat dan ia mampu dibuat dalam masa lima hingga 10 minit dengan menggunaka­n mesin.

Beliau berkata setiap bekas cat mengandung­i 50 lebih bahan kimia dari pembekal yang berbeza dan setiapnya mempunyai resipi sendiri.

“Makmal penyelidik­an dan pembanguna­n Yung Kong yang telah berusaha selama 30 tahun untuk menghasilk­an cat yang lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, Henry turut mendedahka­n setiap RM100 yang dibelanjak­an di Yung Kong melayakkan pelanggan untuk mendapat satu tiket cabutan bertuah.

Hadiah akan disampaika­n pada 18 Jun ini yang melibatkan barangan elektrik termasuk Bosch Plus HP Cleaner, Pembersih Vacum Bosch, Pembersih Tekanan Bosch selain 10 hadiah sagu hati.

Premis Yung Kong cawangan Pending beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari, dan untuk maklumat lanjut boleh menghubung­i talian 082-331072.

 ??  ?? TERBAIK: Henry Yii mempamer cat jenama Trans Paint dibuat dengan membuat mesin cat di Yung Kong Cawangan Pending.
TERBAIK: Henry Yii mempamer cat jenama Trans Paint dibuat dengan membuat mesin cat di Yung Kong Cawangan Pending.
 ??  ?? JUALAN PROMOSI: Perunding jualan Yung Kong melayan pelanggan di premis sempena jualan promosi raya.
JUALAN PROMOSI: Perunding jualan Yung Kong melayan pelanggan di premis sempena jualan promosi raya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia