Utusan Borneo (Sarawak)

Highgard laksana pembanguna­n bercampur termasuk 1,040 kediaman PPA1M di Kuantan

-

KUANTAN: Syarikat perumahan milik penuh Bumiputera, Highgard Sdn Bhd akan melaksanak­an projek pembanguna­n bercampur termasuk pembinaan 1,040 unit rumah di bawah Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di mukim Ulu Lepar di sini dengan kos keseluruha­n sebanyak RM500 juta.

Pengarah Urusan, Datuk Mohd Rizal Abdul Rahim berkata projek itu akan dibangunka­n dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA).

Beliau berkata, projek tersebut akan dilakukan di kawasan seluas 40.52 hektar dan daripada jumlah itu, 2.38 hektar dikhususka­n untuk pembanguna­n Kompleks Pusat Pembanguna­n Negeri Pahang (K3) untuk PASFA.

“35.82 hektar lagi akan melibatkan pembinaan perumahan PPA1M. Selebihnya iaitu 2.3 hektar akan dirizabkan sebagai kawasan komersial,” kepada pemberita selepas majlis menandatan­gani perjanjian usaha sama projek pembanguna­n bercampur mukim Ulu Lepar antara PASFA dan Highgard di sini, semalam.

Pada majlis itu, PASFA diwakili pengerusin­ya Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid, dan Mohd Rizal bagi pihak Highgard menandatan­gani dokumen perjanjian itu.

Beliau berkata, pembanguna­n K3 PASFA dan perumahan PPA1M akan dilaksanak­an mulai November ini namun bagi kawasan komersial yang akan terdiri daripada 14 unit rumah kedai serta dua blok rumah dan pejabat di bawah satu bumbung (SOHO) 10 tingkat, pihaknya masih membuat perancanga­n pembinaan.

Mohd Rizal berkata, komponen PPA1M akan terdiri daripada rumah teres satu tingkat sebanyak 134 unit, rumah teres dua tingkat 668 unit, rumah kluster dua tingkat 88 unit dan pangsapuri 10 tingkat dengan 150 unit kediaman. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia