Utusan Borneo (Sarawak)

Bank Mandiri buka cawangan di Malaysia

Kerajaan Malaysia melalui BNM telah memberi lampu hijau kepada bank berkenaan

-

JAKARTA: Bank Mandiri, sebuah bank komersial terkemuka di negara ini akan mengembang­kan sayap perniagaan ke Malaysia dengan membuka cawanganny­a dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Menurut laporan sebuah akhbar tempatan Koran Tempo, kerajaan Malaysia melalui Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberi lampu hijau permohonan status ‘Qualified ASEAN Bank’ (QAB) kepada Bank Mandiri baru-baru ini.

Akhbar itu memetik Ketua Pegawai Eksekutif Bank Man- diri, Kartika Wirjoatmod­jo sebagai berkata, pihaknya kini mengajukan cadangan terakhir, dan menjangkak­an memperoleh lesen operasi pada Ogos ini.

Katanya bank berkenaan memperuntu­kan dana sebanyak RM300 juta untuk pembukaan cawanganny­a di ibu negara Malaysia itu.

Beliau berkata pihak bank akan menyuntik modal dalam tiga tahap dan komitmen awal ialah sekitar RM100 juta atau AS$50 hingga AS$60 juta.

Kerja- kerja pembukaan cawangan itu kini diperingka­t pengurusan,dan dijangkaka­n selesai tidak lama lagi.

Bank Mandiri ditubuhkan oleh Kementeria­n Kewangan Republik Indonesia pada 1998, dengan 60 peratus pegangan sahamnya dimiliki oleh kerajaan Indonesia manakala bakinya saham milik awam tempatan dan luar negara.

Menerusi 2,505 cawangan perkhidmat­an penuh perbankan di seluruh Indonesi, Bank Mandiri merupakan bank terbesar di Indonesia dari segi pemilikan aset dan dana. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia