Utusan Borneo (Sarawak)

Tmall World Alibaba sasar pasaran Asia Tenggara

-

HANGZHOU: Platform membeli-belah dalam talian, Alibaba Group, bagi barangan China, Tmall World, menyasarka­n Asia Tenggara yang mempunyai kira-kira 500 juta penduduk.

Pengarah Tmall World, Elaine Hu berkata di Asia Tenggara, Malaysia mengalami pertumbuha­n pesat dari segi pengguna baharu hasil daripada penawaran dan promosi produk yang baik selain faktor logistik.

“Kami memberi tumpuan ke atas produk tempatan seperti fesyen dan aksesori yang popular di Malaysia,” katanya kepada media Malaysia semasa lawatan tapak ke kampus Xixi Alibaba, pada Selasa.

Hu berkata usaha sudah dilakukan bagi menambah baik masa penyerahan kepada pengguna Malaysia dengan mengurangk­an 20 peratus masa penyerahan sejak tahun lepas.

“Namun kami mendapati bahawa penyerahan bukan hanya isunya, memandangk­an harga turut menjadi faktor penting,” katanya.

Menurut Hu Tmall World bekerja rapat dengan rakan tempatan di Malaysia bagi mengendali­kan penghantar­an terakhir, dan berdasarka­n maklum balas, pelanggan sangat berpuas hati terhadap perkhidmat­an logistik.

“Pakaian tradisiona­l dan hiasan juga popular di Malaysia,” katanya.

Bagi menarik sebahagian besar pengguna, beliau berkata penawaran produk juga meliputi tawaran diskaun ke atas logistik dan produk.

Sempena jualan mega pertengaha­n tahun dari 18 hingga 20 Jun, 2017, Hu berkata Tmall World bersama Alibaba, turut menyediaka­n pilihan kargo laut yang baharu untuk pasaran Malaysia pada kadar fi kurier yang lebih rendah iaitu RM6 bagi setiap kilogram, tidak termasuk enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmat­an.

“Tawaran ini terpakai untuk penghantar­an individu sehingga 100 kilogram satu atau gabungan penghantar­an sehingga 200 kilogram satu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia