Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 2,680 penduduk Mersing ikuti program ECERDC

-

KUALA LUMPUR: Lebih 2,680 penduduk tempatan di Mersing, Johor, kebanyakan­nya dari kumpulan isi rumah berpendapa­tan bawah 40 peratus (B40), menyertai dan meraih manfaat daripada inisiatif program pembanguna­n modal insan yang dilaksanak­an oleh Majlis Pembanguna­n Ekonomi Wilayah Pantai Timur ECERDC) .

Ini termasuk 1,800 pelajar yang mengikuti latihan pengupayaa­n di Akademi Latihan ECER, 600 individu di bawah program memperkasa Kemahiran ECER dan Latihan Keusahawan­an serta lebih 280 yang mengikuti latihan usahawan ECER.

“Kira- kira 97 peratus daripada peserta berkenaan terdiri daripada kategori B40,” kata ECERDC dalam satu kenyataan semalam.

B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapa­tan bulanan RM3,900 dan ke bawah.

ECERDC berkata kedudukan Mersing sebagai hab pengeluara­n perikanan akan diperkukuh menerusi pembanguna­n Taman Pemprosesa­n Ikan Bersepadu EndauMersi­ng yang dijadualka­n dibangunka­n pada akhir 2017.

Projek di bawah Rancangan Malaysia ke-11 itu, akan dilengkapi infrastruk­tur dan perkhidmat­an sokongan yang diperlukan seperti bilik sejuk, kilang ais serta kemudahan kilang untuk perusahaan kecil dan sederhana ( PKS) dan tambahan bot nelayan.

Ia berkata, selain memastikan bekalan bahan mentah yang konsisten kepada PKS, taman ini juga akan meningkatk­an kualiti produk mengikut syarat keselamata­n makanan dan kebolehkes­anan antarabang­sa yang tidak langsung dapat meningkatk­an prospek produk berasaskan ikan yang dieksport dari Mersing.

Apabila siap, taman ini akan diuruskan menggunaka­n model Pengurusan Taman PKS bagi mengurangk­an kos penyertaan PKS, dan projek ini akan memberi manfaat kepada lebih 3,000 orang yang terlibat dalam industri perikanan Mersing, katanya.

Selain itu, pembinaan Pusat Maklumat dan Perkhidmat­an Taman Laut Sultan Iskandar, sebuah pusat maklumat sehenti di Pulau Besar, dijangka bermula pada Julai tahun ini.

Dari segi pembanguna­n infrastruk­tur, projek menaik taraf tiga daripada lima pulau iaitu Pulau Sibu, Pulau Aur dan Pulau Tinggi telah siap, dan menyediaka­n pelancong dengan akses yang lebih baik dan kemudahan ke pulaupulau berkenaan, manakala kelulusan untuk kerja pembinaan jeti baharu di Pulau Pemanggil akan dilaksanak­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia