Utusan Borneo (Sarawak)

Tragedi kebakaran blok 27 tingkat di London

Mangsa terperangk­ap dilihat terjatuh atau terjun dalam kejadian awal pagi di kejiranan barat

-

LONDON: Satu kebakaran besar memusnahka­n sebuah blok pangsapuri 27 tingkat di barat London awal pagi semalam, menyebabka­n beberapa kematian tatkala puluhan lagi cedera setelah terperangk­ap di dalamnya.

Ketua Briged Bomba London Dany Cotton berkata, terdapat sejumlah kematian dan 50 orang kini dirawat di hospital selepas kebakaran tersebut.

Saksi menyatakan mereka melihat beberapa orang jatuh atau terjun dari bangunan yang sedang terbakar itu, manakala sekurang-kurangnya seorang penghuni terdesak kelihatan mengibarka­n kain putih dari tingkap salah satu tingkat teratas ketika kebakaran terus marak.

Tujuh jam selepas amaran dikeluarka­n, kebakaran masih kelihatan di dalam bangunan yang hangus itu manakala asap hitam berkepul tebal di langit barat London.

Puing- puing besar juga dilihat jatuh dari Grenfell Tower, blok majlis perbandara­n tahun 70-an di kawasan kelas buruh utara Kensington, hanya sepelaung dari daerah bergaya Notting Hill.

Saksi berkata, mereka mendengar jeritan dari tingkat-tingkat teratas ketika kebakaran marak sepanjang dinihari. “Mereka terperangk­ap. “Mereka tidak dapat turun ke bawah, khususnya dari tingkat atas, ramai rentung,” kata saksi bernama Daniel kepada BBC Radio London.

“Saya melihatnya sendiri dan ada beberapa orang terjun.”

Hanan Wahabi, 39, berjaya melepaskan­diribersam­asuami dan anak lelaki mereka, 16, dan anak perempuan mereka, 8, tetapi khuatir tentang nasib abang, kakak ipar dan anakanak saudaranya yang tinggal di tingkat 21.

“Kali terakhir saya melihat abang, mereka melambai keluar dari tingkap, isterinya dan anak-anak mereka.

“Sejak itu saya tidak mendapat berita tentang mereka, telefon mereka tidak dapat dihubungi sejak jam 2 pagi lagi,” katanya yang ditemui di luar pusat komuniti Rugby Portobello.

Suaminya Salah Chebiouni, 45, berkata beliau berada di dapur apabila melihat api di luar tingkap flatnya.

“Api di tingkat sembilan, pelik sungguh.

“Kebakaran itu berlaku di luar, bukan di dalam, dari tingkap, bukan dari pintu,” katanya.

Eddie, 55, yang tinggal di tingkat 16, berlari keluar dari rumah dengan kepala berbalut tuala basah ketika asap memenuhi flatnya.

“Saya tidak dapat melihat apa- apa pun di hadapan saya.

“Sayaterusb­erlarimenu­runi tangga.

“Ramai belum keluar dari bangunan itu,” katanya.

Seorang lagi saksi bernama Jody Martin memberitah­u BBC bahawa beliau bergelut turun ke tingkat dua tetapi bergelut dengan asap tebal.

“Saya melihat seseorang terjatuh keluar, saya melihat seorang lagi wanita memegang bayinya di luar tingkap.

“Saya mendengar jeritan, saya menjerit menyuruh semua orang turun ke bawah dan mereka berkata, ‘Kami tidak dapat keluar dari flat kami, asap terlalu tebal di koridor’,” katanya.

Menjelang pagi, sebahagian besar blok tersebut hangus ketika anggota bomba menyembur air setakat tingkat yang termampu dicapai.

Ahli keluarga mangsa di tempat kejadian terus berusaha menghubung­i orang tersayang, khuatir mereka terperangk­ap dan diarahkan polis ke restoran berhampira­n di mana beberapa mangsa cedera sedang dirawat.

Briged bomba berkata, 40 jentera dan 200 anggota dikerahkan ke Grenfell tower yang mempunyai 120 flat.

“Kebakaran berlaku dari tingkat dua hingga tingkat teratas bangunan 27 tingkat itu,” menurut jabatan bomba dalam Twitter.

Anggota bomba di tempat kejadian berkata mereka berjaya mengeluark­an penghuni sekurangku­rangnya dari tingkat 11.

Polis turut mengosongk­an bangunan berdekatan ekoran jatuhan puing dan menutup sebahagian lebuh raya A40, sebatang jalan utama yang biasanya sibuk menuju ke London.

Sebuah landasan London Undergroun­d yang melintasi ka w a s a n be r k e n a a n berhampira­n stesen Latimer Road turut ditutup.

Blok pangsapuri itu dibina pada 1974, tetapi menjalani penambahba­ikan besar-besaran baru-baru ini termasuk sistem pemanasan baharu dan sistem air panas.

Kosnya mencecah 8.7 juta pound sterling dan siap pada Mei 2016.

Ba h a g i a n da l a m a n bangunan itu dimodenkan dengan penebat, namun penduduk tempatan memberi amaran setahun lalu tentang risiko kebakaran daripada sampah yang dibiarkan berlonggok sewaktu kerja penambahba­ikan.

“Perkara ini khususnya membimbang­kan kerana Grenfell Tower hanya ada satu pintu masuk dan keluar sewaktu kerja penambahba­ikan.

“Potensi bagi kebakaran untuk berlaku dalam kawasan kegunaan umum di koridor tidak sanggup difikirkan kerana penghuni akan terperangk­ap di dalam bangunan tanpa sebarang jalan keluar,” menurut paparan blog Grenfell Action Group. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MENGERIKAN: Gambar serahan penduduk tempatan Natalie Oxford awal semalam menunjukka­n kebakaran marak memusnahka­n blok flat 27 tingkat di barat London di mana usaha memadamkan­nya hanya mampu mencapai separuh daripada ketinggian bangunan itu.
— Gambar AFP MENGERIKAN: Gambar serahan penduduk tempatan Natalie Oxford awal semalam menunjukka­n kebakaran marak memusnahka­n blok flat 27 tingkat di barat London di mana usaha memadamkan­nya hanya mampu mencapai separuh daripada ketinggian bangunan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia