Utusan Borneo (Sarawak)

Bencana banjir, tanah runtuh di Bangladesh

-

CHITTAGONG: Pekerja penyelamat semalam berusaha untuk sampai ke kawasan terpencil di Bangladesh yang mengalami kejadian tanah runtuh dan hujan lebat yang sudah mengorbank­an sekurang- kurangnya 137 orang, manakala puluhan lagi hilang.

Pihak berkuasa berkata ratusan kediaman di lereng bukit ditimbus oleh tanah runtuh di tenggara negara ketika orang sedang tidur pada awal pagi kelmarin.

Kejadian tanah runtuh dicetuskan oleh hujan monsun yang lebat, dengan hujan selebat 343 milimeter yang turun di kawasan kejadian Isnin lepas.

Anggota bomba dalam daerah paling teruk terjejas Rangamati berkata mereka mengeluark­an 18 orang dari bawah lumpur kelmarin, tetapi harapan semakin tipis untuk mencari mangsa lain yang terselamat.

“Orang menghubung­i kami dari beberapa tempat untuk memberitah­u ada orang tertimbus. Tetapi kami tidak ada cukup ramai anggota untuk dihantar,” kata Didarul Alam selaku ketua jabatan bomba bagi daerah Rangamati.

“Kami tidak dapat sampai ke beberapa tempat yang lebih terpencil disebabkan oleh hujan. Malah di tempat yang kami sampai, kami tidak dapat mengeluark­an semua mayat.”

Seorang mangsa selamat memberitah­u bagaimana dia dan keluargany­a mencari pelindunga­n di rumah seorang jiran setelah rumah mereka sendiri roboh, hanya untuk dilanda kejadian tanah runtuh kedua.

“Beberapa keluarga lain turut mencari perlindung­an di sana, tetapi sejurus selepas subuh, sebahagian bukit menimbus rumah dan enam hilang,” kata Khatiza Begum kepada laman sesawang berita tempatan dari sebuah hospital di Rangamati.

Ketua daerah Rangamati, Ma n z u r u l Ma n n a n , memberitah­u, 98 maut dan 200 lagi cedera, ada di antaranya parah.

Antara 15 hingga 20 masih hilang, katanya.

Pihak berkuasa sudah membuka 18 pusat perlindung­an di beberapa daerah bukit paling teruk terjejas, di mana 4,500 orang sudah dipindahka­n, kata seorang menteri.

Antara mangsa adalah dua nelayan yang lemas setelah kapal tunda mereka dipercayai terbalik lalu karam.

Hujan monsun berlaku dua minggu selepas Siklon Mora membadai tenggara Bangladesh, membunuh sekurang-kurangnya lapan orang dan merosakkan puluhan ribu kediaman.

Asia Selatan kerap dilanda banjir dan tanah runtuh pada musim panas dengan ketibaan monsun tahunan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TENGGELAM: Keadaan banjir susulan hujan lebat di Khagrachar­i dalam gambar rakaman video kelmarin.
— Gambar Reuters TENGGELAM: Keadaan banjir susulan hujan lebat di Khagrachar­i dalam gambar rakaman video kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia