Utusan Borneo (Sarawak)

Perbalahan terbuka keluarga Lee

-

SINGAPURA: Permusuhan antara anak-anak mendiang pemimpin pengasas Singapura meruncing semalam selepas dua orang adiknya secara terbuka menuduh abang mereka Perdana Menteri Lee Hsien Loong tidak mematuhi kehendak terakhir bapa mereka dan menyalahgu­nakan kuasanya.

Pengasas Singapura Lee Kuan Yew umumnya dipuji kerana mengubah negara kecil itu daripada bekas jajahan British yang miskin menjadi salah satu masyarakat paling stabil dan terkaya di dunia.

Anaknya Hsien Loong menjadi perdana menteri ketiga Singapura pada 2004, selepas mengambil alih tampuk Parti Tindakan Rakyat (PAP), yang sudah memerintah Singapura sejak merdeka pada 1959.

“Kami rasa terancam di s e b a b k a n ol e h penyalahgu­naan kedudukan dan pengaruh oleh Hsien Loong ke atas kerajaan Singapura dan agensinya untuk memacu agenda peribadiny­a,” sebut satu kenyataan yang dipaparkan dalam talian oleh Hsien Yang dan Wei Ling.

Hsien Yang menambah beliau “akan meninggalk­an Singapura dalam masa terdekat” berhubung sengketa yang semakin serius itu.

Dalam kenyataan itu, rungutan mereka umumnya berkisar sekitar nasib rumah keluarga ekoran kematian bapa mereka.

Patriark Lee, yang meninggal dunia dua tahun lalu, memberi amaran agar tidak membina kultus personalit­i di sekitar legasi beliau dan bimbang banglo lamanya akan diubah menjadi sebuah muzium jika ia tidak dimusnahka­n.

Adik-beradik itu seterusnya menyatakan abang mereka Lee mengingkar­i arahan bapa mereka untuk merobohkan rumah itu.

Perdana menteri, yang bercuti di luar negara, me m b i d a s de n g a n kenyataann­ya sendiri bahawa beliau amat sedih akan dakwaan malang itu.

“Saya menafikan dakwaan i ni,” tulisnya dalam Facebook.

“Sejak bapa meninggal dunia pada Mac 2015, sebagai anak sulung, saya cuba sedaya upaya untuk menyelesai­kan isu di antara kami kerana menghormat­i ibu bapa kami,” tambahnya.

“Kenyataan adik- adik saya mencemari legasi bapa kami.”

Adik- adik Lee turut mendakwa dipantau ketat dan mereka hilang kepercayaa­n kepada keupayaan abang mereka untuk memimpin.

“Kami berasa amat tidak selesa dan dipantau rapat di negara kami sendiri,” kata mereka.

“Kami tidak percaya kepada Hsien Loong sebagai seorang abang mahupun pemimpin. Kami sudah hilang keyakinan kepadanya.”

Lee mengetuai PAP untuk mencatatka­n kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada 2015, enam bulan selepas kematian bapanya mencetuska­n sokongan besarbesar­an kepada legasi bekas pemimpin itu.

Lee Kuan Yew dikritik kumpulan hak asasi manusia kerana menyekat kebebasan politik, termasuk mengekang media, memenjara penentang politik dan menyaman pengkritik yang dituduh memfitnah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia