Utusan Borneo (Sarawak)

Koma, Korea Utara bebas pelajar AS

-

WASHINGTON: Korea Utara membenarka­n seorang pelajar Amerika yang mengalami koma ketika dipenjara dalam sebuah kem buruh untuk diterbangk­an pulang kelmarin manakala Washington memperting­katkan usaha untuk menamatkan program nuklear Pyongyang.

Pe m b e b a s a n Ot t o Warmbier, 18 bulan selepas dia memulakan hukuman penjara selama 15 tahun, dibuat ketika Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menjemput pemimpin baharu Korea Selatan Moon Jae-in ke Washington untuk rundingan mengenai kemelut nuklear berkenaan.

Setiausaha Negara Rex Tillerson berkata agensinya mendapatka­n pembebasan pelajar berusia 22 tahun itu dalam rundingan dengan Korea Utara dan sedang berusaha untuk membebaska­n tiga lagi warga Amerika.

Berita itu diterima ketika bekas bintang bola keranjang NBA yang ranggi Dennis Rodman, seorang bekas peserta dalam program realiti Trump ‘ Celebrity Apprentice’, terbang ke Pyongyang untuk menyambung semula usahanya yang tidak praktikal bagi memulihkan hubungan di antara tanah airnya AS dengan rejim kuku besi pimpinan Kim Jong-Un.

Namun jurucakap Jabatan Negara Heather Nauert berkata lawatan itu tidak ada kaitan dengan pembebasan berkenaan.

“Otto sudah meninggalk­an Korea Utara,” ibu bapanya Fred dan Cindy Warmbier menyebut dalam satu kenyataan kepada CNN.

“Dia sedang dalam perjalanan pulang dengan penerbanga­n ‘ medivac’. Malangnya, dia dalam koma dan kami telah dimaklumka­n dia sudah berada dalam keadaan itu sejak Mac 2016. Kami tahu mengenai perkara ini hanya seminggu lepas.”

Fox News melaporkan Warmbier yang menaiki pesawat tentera dijangka mendarat di Cincinnati lewat Selasa (waktu tempatan), dan selepas itu dia akan menerima rawatan segera di hospital.

Ibu bapa Warmbier diberitahu anak mereka telah diberi pil tidur sejurus selepas perbicaraa­nnya pada Mac tahun lepas dan tidak pernah bangun.

Warmbier, seorang pelajar di Universiti Virginia, ditangkap kerana menanggalk­an poster propaganda politik yang dipaparkan pada dinding sebuah hotel di Korea Utara.

Dia ditahan di lapangan terbang ketika hendak meninggalk­an negara tersebut bersama sekumpulan pelancong pada Januari 2016.

Pada sidang akhbar sebelum perbicaraa­nnya, Warmbier yang menangis berkata, dia telah membuat kesilapan terburuk dalam hidupnya dan merayu dibebaskan. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia