Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak tuan rumah Kejohanan Olahraga Masters Terbuka M’sia Ke-31, 22-23 Julai

-

KUCHING: Sarawak dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Olahraga Masters Terbuka Malaysia (MIOMAC) Ke-31 yang akan diadakan pada 22 dan 23 Julai 2017 di Stadium Negeri, Petra Jaya.

Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Perbadanan Sukan Sarawak ( SSC) merangkap Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak ( MSNS) Dr Ong Kong Swee berkata ketika ini persiapan untuk menganjurk­an kejohanan berprestij itu sedang rancak dilaksanak­an.

“Kejohanan ini akan menarik ramai atlet olahraga Sarawak terutama yang telah menyumbang kepada negeri dan negara sebelum ini seperti Watson Nyambek.

“Selain itu, ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman, bekas atlet negara (Datuk) Sieh Kok Chi termasuk saya sendiri juga akan mengambil bahagian,” katanya pada sidang media semalam.

Menurut Ong, kejohanan itu akan menjadi platform terbaik bagi memberi peluang kepada atlet yang kurang menyerlah semasa Sukan Malaysia (SUKMA) membuktika­n kehebatan dalam acara olahraga.

Pada masa yang sama, ia selari dengan agenda kerajaan untuk menggalakk­an budaya sihat melalui sukan dalam kalangan masyarakat di sini.

“Kita terlalu memfokuska­n kepada pembanguna­n atlet SUKMA yang berusia 21 tahun ke bawah tetapi atlet yang kurang menyerlah dan yang telah berusia juga perlu diberi peluang.

“Kuasa sukan bukan hanya merujuk kepada atlet SUKMA sahaja… sebaliknya pembanguna­n atlet berusia 31 tahun ke atas juga penting dan mereka juga wajar diberi peluang,” katanya.

Menurutnya, tarikh tutup pendaftara­n bagi peserta luar tamat hari ini manakala untuk peserta Sarawak masih dilanjutka­n.

Dalam perkembang­an lain, Ong berkata Sarawak akan membida untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Olahraga Asian Masters Ke-21 pada 2019.

Menurutnya, kejohanan antarabang­sa itu dijangka menghimpun seramai 1,500 atlet daripada 30 negara dan diadakan di Stadium Sarawak, Petra Jaya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Olahraga Masters Negeri Sarawak (POMSAR) Datuk Seri Azman Samaon berkata pihaknya bersedia menjalin kerjasama erat dengan SSC dan MSNS dalam membantu melahirkan lebih ramai atlet olahraga yang berpotensi mewakili Sarawak di pentas kebangsaan mahupun antarabang­sa.

Tegasnya, POMSAR yang ditubuhkan secara rasmi pada 26 Mei 2017 memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan atlet-atlet olahraga yang berusia 35 tahun ke atas.

“Kita tahu SSC dan MSNS mempunyai banyak tugas lain. Dengan tertubuhny­a POMSAR, kita dapat berganding bahu dengan mereka mencari bakat-bakat baharu dalam sukan olahraga.

“Sarawak merupakan kuasa sukan besar sebenarnya. Cuma atlet kita kekurangan ruang dan peluang untuk menonjolka­n bakat,” katanya.

Sehubungan itu, Azman menyifatka­n penganjura­n MIOMAC 2017 menjadi platform terbaik bagi atlet terutama yang telah berusia mempamerka­n kebolehan masing-masing selain menyumbang kepada sektor pelanconga­n sukan negeri.

 ?? — Gambar AFP ?? BENTENG KEBAL: Lindelof (kiri) meraikan gol kemenangan Sweden hasil jaringan Ola Toivonen (tengah) pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Perancis di Friends Arena, Stockholm pada 9 Jun lepas.
— Gambar AFP BENTENG KEBAL: Lindelof (kiri) meraikan gol kemenangan Sweden hasil jaringan Ola Toivonen (tengah) pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Perancis di Friends Arena, Stockholm pada 9 Jun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia