Ketangkasan Bravo punahkan harapan Portugal
Penjaga gol Chile itu menampan tiga cubaan Portugal untuk menang 3-0 dalam sepakan penalti
KAZAN: Claudio Bravo menjadi wira Chile kelmarin apabila mereka menewaskan Portugal 3-0 dalam penentuan tendangan penalti pada peringkat separuh akhir Piala Konfederasi.
Penjaga gol Manchester City itu menyelamatkan ketiga-tiga tendangan penalti dari Ricardo Quaresma, Joao Moutinho dan Nani, manakala Arturo Vidal, Charles Aranguiz dan Alexis Sanchez menyempurnakan tendangan penalti mereka bagi pasukan negara Amerika Selatan berkenaan.
“Kami berpuas hati dengan keputusan ini dan cara kami bermain, tetapi kami masih belum memenangi apa-apa,” kata Bravo, 34 tahun.
Chile mara ke peringkat akhir pada Ahad ini di St Petersburg untuk menentang Mexico atau Jerman, yang bertemu semalam di Sochi dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
“Saya sangat bangga dengan pasukan ini. Claudio menyelamatkan beberapa cubaan yang bagus untuk mengekalkan cabaran kami,” kata jurulatih Chile Juan Antonio Pizzi.
“Dia memiliki keupayaan untuk meramalkan di mana pemain mereka akan menyasari tendangan mereka. Sekarang ia tidak penting pasukan mana yang akan kami tentang, kami hanya perlu pulih untuk perlawanan akhir.”
Portugal yang tewas akan berentap dalam perlawanan ‘play-off’ tempat ketiga pada Ahad di Moscow.
Chile hampir memenangi perlawanan kelmarin pada saat-saat akhir masa tambahan apabila cubaan Vidal dan pemain gantian Martin Rodriguez terkena palang gol manakala Portugal bertahan untuk mengheret perlawanan ke penentuan tendangan penalti.
Kekalahan di Kazan pasti amat mengecewakan bagi penyerang superstar Portugal, Cristiano Ronaldo.
Bintang Real Madrid itu, yang berdepan keraguan
Saya sangat bangga dengan pasukan ini. Claudio menyelamatkan beberapa cubaan yang bagus untuk mengekalkan cabaran kami.
Penjaga gol Chile, Bravo berjaya menangkap cubaan pemain Portugal, Nani pada penentuan sepakan penalti dalam kejohanan separuh akhir Piala Konfederasi di Kazan Arena, Rusia. mengenai masa depannya di Sepanyol ketika dia bersiap sedia untuk menjawab dakwaan mengelak cukai di mahkamah Madrid pada bulan depan, memenangi anugerah pemain terbaik perlawanan dalam ketiga-tiga perlawanan kumpulan.
Sebelum sepak mula di Kazan, pemain baharu Manchester City Bernardo Silva pulih daripada kecederaan kaki yang dia alami dalam kemenangan 4-0 ke atas New Zealand untuk menyertai barisan kesebelasan utama Portugal.
Dengan penggantungan Pepe, Jose Fonte bergandingan dengan Bruno Alves di posisi pertahanan tengah.
Di hadapan, penyerang AC Milan berusia 21 tahun Andre Silva bergandingan dengan Ronaldo, tetapi pasangan itu ternyata berjaya dikekang oleh pertahanan Chile.
Jurulatih Chile Juan Antonio Pizzi menurunkan pasukan sama yang seri 1-1 dengan juara dunia Jerman pada Khamis lepas manakala pemain pertahanan tengah Gary Medel dan pemain tengah Aranguiz pulih dari kecederaan.
Perlawanan bermula rancak yang menuntut keduadua penjaga gol menyelamatkan gawang pada awal pertarungan.
Selepas hanya enam minit sahaja, Sanchez membuat hantaran yang cantik ke belakang barisan pertahanan, yang jatuh di hadapan Eduardo Vargas, tetapi penjaga gol Portugal Rui Patricio menyekat rembatan.
Di gawang lawan beberapa minit kemudian, hantaran lintang rendah Ronaldo membuka ruang bagi Andre Silva, tetapi Bravo mematahkan cubaan dari jarak dekat.
Aranguiz dua kali nyaris menjaringkan gol dengan cubaan ke arah gawang Portugal dalam babak pertama dan ia perlawanan bertimbal-balik selepas waktu rehat.
Vargas dari pasukan Chile memaksa Patricio menyelamatkan cubaan dengan satu lagi tindakan refleks, manakala Ronaldo merembat bola ke arah Bravo apabila Portugal menyerang balas dengan segera.
Kemudian cubaan jarak jauh Vidal terbang tinggi dan tersasar dari gawang Portugal.
Ronaldo melakukan ten- dangan percuma yang tinggi sedikit dan menyaksikan rembatannya disekat ketika kedua-dua pasukan menyerang bertubitubi, tetapi jaringan terus kosong dan perlawanan memasuki masa tambahan.
Rentak permainan terus rancak apabila pemain Portugal Andre Gomes nyaris menjaringkan gol manakala Sanchez menanduk bola hantaran lintang oleh Mauricio Isla dari sebelah kiri yang tersasar dari tiang gol.
Joao Moutinho dimasukkan untuk menggantikan tempat Adrien Silva, yang telah berusaha gigih di ba-
Juan Antonio Pizzi Jurulatih Chile
hagian tengah bagi Portugal, dalam babak pertama masa tambahan. Sejurus sebelum masa tamat, Chile menyaksikan tuntutan penalti ditolak apabila pemain gantian Francisco Silva kelihatan seperti dikasari Fonte di kawasan penalti sebelum Vidal, dan kemudian Rodriguez, menggegarkan tiang gol Portugal. — AFP