Silat: Muhd Faizul dalam misi pertahan pingat emas
Pengurus Pasukan Kuching, Fazzrudin Abdul Rahman berkata pihaknya juga akan mengemukakan rakaman video bagi menyokong rayuan mereka nanti.
“Kita akan membuat rayuan rasmi kepada FAM bagi mengurangkan hukuman penggantungan ketiga-tiga pemain Kuching FA,” katanya ketika ditemui semasa Ma- jlis Rumah Terbuka anjuran beliau di sini, kelmarin.
Penyerang Kuching FA, Mohammad Shafitri Salim digantung selama enam bu- lan dan didenda RM10,000 selepas memijak pemain SAMB FC, Hafizuddin Mohamad Said semasa perlawanan tersebut.
Dua lagi pemain Remenor Pit dan Rafiezan Razali masing-masing digantung selama tiga bulan dan denda RM5,000 kerana mengasari pemain lawan.
Hukuman bagi ketiga-tiga pemain itu bermula serentak 15 Jun lalu.
Di sebalik musibah tersebut, Fazzrudin tetap optimis Kuching masih mampu mengharungi baki dua perlawanan sekali gus melayakkan diri ke pusingan suku akhir kejohanan tersebut.
“Kita sedang memikirkan strategi baharu bagi mengimbangi ketiadaan ketiga- tiga pemain itu kerana mereka merupakan pe- main utama.
“Apapun saya tetap yakin dengan kemampuan pemain lain untuk membawa kita ke pusingan suku akhir,” tambahnya lagi.
Kuching FA akan bertandang ke Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya pada 9 Julai ini menentang PJ Rangers FC.
Skuad itu akan menutup kempen Piala FAM menentang Penjara FC pada 16 Julai di Stadium Negeri, Petra Jaya. KUALA LUMPUR: Pesilat kebangsaan, Muhammad Faizul Mohd Nasir berharap pengorbanannya meninggalkan isteri yang baharu dinikahi bagi menjalani latihan intensif di Vietnam akan membuahkan hasil dalam usaha mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos ini.
Pemenang pingat emas kelas Putera B (55kg) pada Sukan SEA 2015 di Singapura itu yang melangsungkan perkahwinan April lalu, berkata perasaan sedih harus diketepikan memandangkan beliau antara sandaran skuad negara untuk meraih emas pada Sukan SEA nanti.
Anak jati Selangor itu menjelaskan Ketua jurulatih kebangsaan, Nasri Nasir akan memberi tumpuan pada aspek ketahanan mental, fizikal selain mempertajamkan kemahiran sedia ada sepanjang berada di Vietnam nanti. — Bernama