Utusan Borneo (Sarawak)

CALISTHENI­CS, AKTIVITI KECERGASAN GUNA BERAT BADAN INDIVIDU

-

dapat dinafikan setiap individu mahu kelihatan sihat dan mempunyai tubuh badan yang menarik dan sasa.

Ada sesetengah­nya sanggup menghabisk­an ribuan ringgit semata-mata mahu menjadi pengguna gimnasium, mengikuti program kecergasan dan menyertai acara larian.

Di samping semua aktiviti yang dinyatakan tadi, ramai orang tidak mengetahui mengenai aktiviti kecergasan Calistheni­cs.

Pengasas Gravity Calistheni­cs Academy Miri, Bryan Michael berkata, Calistheni­cs merupakan senaman kecergasan yang menggunaka­n berat badan individu itu sendiri.

“Kebiasaann­ya kita tidak menggunaka­n lebihan berat seperti peralatan besi yang ada di gimnasium tetapi kita ada menggunaka­n besi yang dinamakan ‘bar’ di mana alat ini yang akan berfungsi untuk melatih kita mengimbang­i berat badan.

“Apa yang menariknya, aktiviti kecergasan ini juga merupakan pergerakan gimnastik lanjutan di mana kita mengadapta­sikan beberapa pergerakan dalam gimnastik semasa beraksi di bar,” katanya ketika ditemu bual pemberita baru-baru ini.

Aktiviti kecergasan yang mula diperkenal­kan di Amerika Syarikat ini mula bertapak di Miri pada awal tahun 2014 dulu.

Bryan berkata, antara rutin harian yang biasa dijalankan dalam latihan Calistheni­cs pada peringkat permulaan ialah tekan tubi dan berlari.

“Individu boleh memilih cara senaman apa yang mereka ingin amalkan kerana ia berpandu pada keinginan seseorang, jika hendak membina otot, ada senamannya sendiri, jika mahu kurus juga mempunyai cara senaman tersendiri.

“Melalui Calistheni­cs, perubahan yang ketara pada diri masing-masing adalah kekuatan stamina mereka yang lebih kuat selepas melalui semua proses senaman tersebut.

“Ada yang baharu menceburi dalam senaman ini mulanya datang dengan badan yang berisi, tetapi setelah melalui pelbagai senaman, mereka mula kelihatan kurus dan berada dalam tahap kecergasan yang tinggi,” katanya. Jelas Bryan,

apa yang menariknya Calistheni­cs ialah ia ada latihan pergerakan ‘freestyle’ untuk yang profesiona­l. “Freestyle yang dimaksudka­n ialah mereka yang sudah mengikuti semua rutin senaman ini akan menggunaka­n kemahiran untuk berpusing-pusing di bar.

“Untuk yang baharu, kita tidak galakkan untuk melakukan freestyle ini kerana tanpa latihan dan rutin senaman yang mencukupi, boleh menyebabka­n kecederaan jika tidak tahu caranya,” katanya.

Bryan yang mengasaska­n Calistheni­cs bersama rakannya Lee Kuan Ce dan Raymond Lau banyak belajar sendiri cara sena- man Calistheni­cs.

“Banyak juga kemahiran yang saya perolehi setelah mengikuti beberapa pertanding­an di peringkat dalam dan luar negara,” katanya.

Bryan menggalakk­an mereka yang gemar aktiviti kecergasan agar mencuba senaman Calistheni­cs tidak kira peringkat umur dan jantina.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TANGKAS: Pengamal profesiona­l Calistheni­cs menunjukka­n skilnya melompat di bar. Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah
TANGKAS: Pengamal profesiona­l Calistheni­cs menunjukka­n skilnya melompat di bar. Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah
 ??  ?? BERTANDING: Sebahagian daripada para peserta pertanding­an Calistheni­cs yang dianjurkan di salah sebuah pusat beli-belah baru-baru ini.
BERTANDING: Sebahagian daripada para peserta pertanding­an Calistheni­cs yang dianjurkan di salah sebuah pusat beli-belah baru-baru ini.
 ??  ?? CERGAS: Hanya pengamal profesiona­l yang telah mengikuti rutin senaman Calistheni­cs mampu membuat pergerakan seperti ini.
CERGAS: Hanya pengamal profesiona­l yang telah mengikuti rutin senaman Calistheni­cs mampu membuat pergerakan seperti ini.
 ??  ?? PENGASAS: Bryan (tengah), Lee (kiri) dan Raymond (kanan) merupakan pengasas Gravity Calistheni­cs Academy.
PENGASAS: Bryan (tengah), Lee (kiri) dan Raymond (kanan) merupakan pengasas Gravity Calistheni­cs Academy.
 ??  ?? KETAHANAN: Salah seorang profesiona­l Calistheni­cs menunjukka­n skilnya.
KETAHANAN: Salah seorang profesiona­l Calistheni­cs menunjukka­n skilnya.
 ??  ?? MAHIR: Tahan diri adalah antara skil freestyle yang dilakukan pada bar.
MAHIR: Tahan diri adalah antara skil freestyle yang dilakukan pada bar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia