Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Bujang Berani bantu mangsa kebakaran Rh Silver Garit

-

SRI AMAN: Persatuan Bujang Berani Sri Aman antara persatuan tampil menghulur sumbangan kepada mangsa kebakaran di Rumah Siliver Garit, Kampung Keyungan, Batu Lintang Undop dekat sini lewat petang semalam.

Pengerusi Persatuan, Macpherson Jimbun Bruno berkata, sumbangan berbentuk beras dan wang tunai persatuan ini bertujuan meringanka­n beban mangsa kebakaran rumah panjang berkenaan.

Menurut beliau, walaupun sumbangan wang tunai yang dihulurkan tidak begitu banyak tetapi ia amat bermakna buat mangsa kebakaran rumah panjang ini.

“Segala sumbangan dihulur kepada mangsa kebakaran ini disumbang sepenuhnya kes- emua 35 ahli persatuan ini,” katanya kepada Utusan Borneo.

Setakat semalam, mangsa kebakaran di rumah panjang ini menerima sumbangan dan bantuan orang awam, orang kenamaan serta ahli persatuan serta pelbagai kelab di Sri Aman berjumlah RM18,666 termasuk bantuan makanan berjumlah RM4,300, bantuan peralatan dapur berjumlah RM13,300 dan makanan bungkus dan air minuman berjumlah RM1,066.

Sementara itu, Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis turut menyampaik­an sumbangan segera berjumlah RM2,000 kepada Tuai Rumah Siliver Garit, Kampung Kenyungan, Batu Lintang Undop ini bagi tujuan membeli keperluan segera.

Manakala, beliau akan menyampaik­an sumbangan berjumlah RM1,000 sepintu kepada 19 pintu rumah panjang ini dengan jumlah keseluruha­n sumbangan beliau berjumlah RM19,000 dalam masa terdekat ini.

Dalam kejadian berlaku pada jam 11.32 malam Rabu lalu, Rumah Panjang Separa Batu dan Papan milik Rumah Siliver Garit, Kampung Kenyungan Batu Lintang Undop, Sri Aman musnah dijilat api ketika 40 penghuni sedang nyenyak tidur.

Bagaimanap­un, kejadian berkenaan tidak melibatkan kemalangan jiwa dan segala harta benda penduduk rumah panjang ini gagal diselamatk­an.

 ??  ?? SUMBANGAN KAMI: Macpherson Jimbun Bruno (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan wang tunai kepada Tuai Rumah Siliver Garit (tiga kiri) diperhati ahli lain.
SUMBANGAN KAMI: Macpherson Jimbun Bruno (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan wang tunai kepada Tuai Rumah Siliver Garit (tiga kiri) diperhati ahli lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia