Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNKK ambil tindakan ke atas 55 kes kesalahan jualan murah Januari-Jun 2017

-

KUCHING: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Sarawak telah mengambil tindakan ke atas 55 kes kesalahan jualan murah dengan nilai rampasan sebanyak RM100,638.90 bagi tempoh Januari hingga Jun 2017.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Sarawak Abdul Hafidz Abd Rahim berkata, jumlah berkenaan termasuk kegagalan peniaga menghantar notis kepada KPDNKK bagi mendapatka­n permit men- gadakan jualan murah.

“Dari tempoh Januari hingga Jun 2017, kita menerima 968 permohonan mendapatka­n permit jualan murah dan hasil aktiviti penguatkua­saan kita mengambil tindakan ke atas 55 kes.

“Jumlah nilai rampasan RM100,638.90 dengan jumlah kompaun RM14,350 hasil penguatkua­saan di seluruh Sarawak,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Kesemua 55 kes berkenaan, kata Abdul Hafidz yang juga Timbalan Pengarah KPDNKK Sarawak, adalah di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

Beliau memberitah­u, daripada jumlah permohonan jualan murah, Kuching mendapat permohonan tinggi iaitu dengan 370 permohonan dan daripada itu, 20 kes diambil tindakan dengan kompaun RM4,300.

“Kes kedua terbanyak diambil tindakan adalah di Sibu dengan 18 kes daripada 180 permohonan jualan murah dengan nilai rampasan sehingga RM3,344.25 dan jumlah kompaun RMRM6,250.

“Sementara terdapat lima kes di Miri diambil tindakan dengan nilai rampasan RM3,551 dan kompaun sehingga RM1,100. Di Miri, kita menerima 240 permohonan permit jualan murah,” katanya.

Manakala di Bintulu terdapat tujuh kes diambil tindakan daripada 81 permohonan jualan murah dengan nilai rampasan sebanyak RM73,683.65 serta kompaun sebanyak RM1,600.

Katanya, turut diambil tindakan tiga kes di Mukah dengan nilai rampasan RM3,483 serta kompaun RM700 dan KPDNKK menerima 15 permohonan jualan murah daripada bahagian itu.

“Terdapat dua kes diambil tindakan pula di Sri Aman dengan nilai rampasan RM16,577 serta kompaun sebanyak RM400 di mana di Sri Aman kita menerima 19 permohonan jualan murah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia