Utusan Borneo (Sarawak)

Dua individu hadapi tiga pertuduhan membuat tuntutan invois palsu

-

KUCHING: Seorang lelaki dan seorang wanita yang bekerja sendiri berhadapan tiga pertuduhan atas dakwaan membuat tuntutan invois palsu kepada Kementeria­n Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar pada 2014 dan 2015.

Reggy Petrus Naes, 46, dan Akiu Bandat, 57, didakwa di hadapan Hakim Jason Juga yang memerintah­kan keduadua tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin setiap seorang.

Pada masa sama, Jason menetapkan 7 Ogos untuk sebutan lanjut kes tersebut.

Reggy didakwa telah mengemukak­an tiga tuntutan invois palsu melibatkan tiga kursus yang dianjurkan termasuk pakej latihan pertanian untuk 200 peserta di Ibu Pejabat Persatuan Dayak Bidayuh Kebangsaan (DBNA), latihan pastri untuk penduduk tempatan di Skim Penempatan Semula Bengoh, Kampung Giama dan Kampung Semadang pada 10 Oktober 2014 dan satu lagi kursus penternaka­n tadika di kawasan Bengoh, Padawan dan Penrissen yang dikatakan diadakan pada 26 Ogos 2014 di dewan serbaguna Kampung Benuk.

Tuduhan itu didakwa dilakukan pada 3 September 2014, 2 dan 10 Oktober 2014 di pejabat kementeria­n berkenaan di Aras 4, Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya.

Manakala Akiu didakwa membuat tuntutan palsu melibatkan jumlah sebanyak RM10,285 bagi tiga invois.

Dia didakwa mengemukak­an invois untuk bekalan baja bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Penrissen tetapi barang berkenaan tidak pernah dibekalkan.

Invois tuntutan itu didakwa dikemukaka­n kepada kerani akaun kementeria­n berkenaan di pejabat yang sama pada 7 Mei 2015 (dua invois) dan pada 11 November 2014 (satu invois).

Sementara itu, pegawai kanan kementeria­n, Nancy Mongin, 44, turut didakwa di mahkamah yang sama semalam atas tuduhan bersubahat dengan dua tertuduh.

Nancy didakwa bersubahat dengan menyerahka­n invois tuntutan palsu Reggy dan Akiu kepada kerani akaun.

Dia juga dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan lanjut kes pada 8 Ogos nanti.

Reggy dan Akiu berhadapan pertuduhan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 24 akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai jumlah atau RM10,000 mengikut manamana yang lebih tinggi.

Sanjan Daik, Jonathan Jalin dan Theresa Dunstan Udam mewakili kesemua tertuduh, manakala Timbalan Pendakwa Raya Low Chin How mewakili SPRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia