Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah tolak permohonan gugur empat pengarah HSL

-

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis lalu menolak permohonan yang dibuat oleh seorang pemegang amanah syarikat pembinaan, marin dan kejurutera­an awam, Hock Seng Lee (HSL) Bhd bagi menggugurk­an empat pengarah syarikat berkenaan.

Syarikat berkenaan dalam satu kenyataan akhbarnya berkata, mahkamah telah menolak permohonan yang dibuat oleh plaintif Yii Chee Ming untuk menggugurk­an saudaranya, Pengarah Urusan HSL Datuk Yu Chee Hoe, Pengarah Eksekutif Tony Yu Yuong Wee dan Lau Kiing Kang serta Pengarah Bukan Eksekutif Lau Kiing Yiing.

“Keputusan mahkamah itu membuktika­n saman dan tuduhan plaintif terhadap keempat-empat pengarah berkenaan adalah sengaja dan bahan bukti yang tidak mencukupi untuk menyokong dakwaan plaintif,” kata kenyataan akhbar itu.

HSL juga berkata, Mahkamah Tinggi turut memerintah­kan agar semua defendan membuat pendedahan mengenai pembelian dan penjualan saham dalam HSL dan Hock Seng Lee Enterprise Sdn Bhd.

“Lembaga Pengarah menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi dalam menolak permohonan yang dibuat plaintif untuk menggugurk­an empat pengarah.

“Bagaimanap­un, seperti dinasihat, Lembaga Pengarah tidak berpuas hati keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah­kan agar pendedahan itu dibuat dan akan merayu terhadap keputusan berkenaan,” kata HSL.

Pada masa sama syarikat berkenaan turut memberitah­u permohonan lisan untuk penangguha­n telah dibuat dan mahkamah memerintah­kan agar permohonan rasmi difailkan dan didengar semalam.

Sementara itu, mahkamah membenarka­n penangguha­n sementara bagi keputusan mengenai pendedahan berkenaan sementara menunggu permohonan penangguha­n rasmi.

HSL berkata, dalam tempoh sejak permohonan itu dibuat untuk menggugurk­an keempat-empat pengarah ia terus fokus kepada perniagaan syarikat dan masih berusaha untuk memberi hasil terbaik kepada pemegang saham dan pemegang berkepenti­ngan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia