Utusan Borneo (Sarawak)

Uggah ajak rakyat sentiasa menghargai jasa pemimpin terdahulu

-

SPAOH: Rakyat diajak sentiasa menghargai jasa pemimpin terdahulu yang menyumbang kepada pembanguna­n bukan sahaja kawasan tetapi juga gaya hidup masyarakat termasuk luar bandar.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini termasuk bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang yang dilihat banyak menyumbang kepada kawasan luar bandar termasuk Betong, Spaoh serta Saribas.

“Kita amat berterima kasih kepada bekas Timbalan Ketua Menteri (Jabu) yang bukan sahaja datang pada hari ini (semalam) tetapi memberi nasihat dan membimbing kita dalam usaha membangunk­an kawasan di Betong serta seluruh negeri.

“Beliau (Jabu) telah menyumbang banyak kepada pembanguna­n di kawasan kita di Saribas termasuk Spaoh,” ujarnya.

Beliau berkata demikian berucap sempena Majlis Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Betong di Gelanggang Futsal Kampung Spaoh di sini, semalam.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata, kini banyak pembanguna­n yang ketara di kawasan Parlimen Betong yang sangat berbeza jika dibandingk­an satu ketika dahulu.

“Kita turut berterima kasih kepada bekas Ketua Menteri yang kini menjadi Yang diPertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang telah membawa pembanguna­n, kemajuan serta gaya hidup masyarakat kita,” tegasnya.

Sementara itu, mengenai majlis yang diadakan beliau turut menyentuh mengenai perpaduan yang diamal dan menjadi budaya masyarakat berbilang kaum di sini perlu dikekalkan sampai bila-bila.

“Kita hidup dalam harmoni, diharap budaya ini akan sentiasa menjadi amalan untuk kita terus mengekalka­n perpaduan antara kaum di sini,” kata Uggah.

Majlis dihadiri kira-kira 2,500 penduduk berbilang kaum sekali gus memeriahka­n sambutan dua perayaan yang dianjur serentak.

Turut hadir ADUN Saribas, Mohamad Razi Sitam.

 ??  ?? PRIHATIN: Uggah berpeluang mendengar luahan daripada pengunjung yang hadir pada majlis di Spaoh semalam.
PRIHATIN: Uggah berpeluang mendengar luahan daripada pengunjung yang hadir pada majlis di Spaoh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia