Utusan Borneo (Sarawak)

Miri bakal muncul katalis bangun Sarawak dengan Bio Valley Park

-

MIRI: Bandar raya Miri bakal muncul sebagai katalis pembanguna­n Sarawak dengan wujudnya Bio Valley Park bernilai RM60 juta yang menjadikan Miri sebagai pusat Penyelidik­an dan Pembanguna­n (R&D).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Awang Tengah Ali Hasan memberitah­u, projek lembah biologi itu terletak berhampira­n Universiti Curtin Malaysia (Curtin) di Senadin hampir siap.

“Projek ini hampir siap dan apabila siap lembah bio ini, ia akan menjadi pusat untuk kita melakukan R&D (Penyelidik­an dan Pembanguna­n) untuk kita mengkomesi­alkan produk tempatan dan sumber yang ada,” jelasnya.

Awang Tengah berkata demikian pada majlis makan malam sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Tuan Yang Terutama Yang di- Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib di salah sebuah hotel di sini malam kelmarin.

Majlis tahunan itu dianjurkan Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri (LAKMM).

Awang Tengah juga Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan memberitah­u, projek turut merupakan ‘masterpiec­e’ Tun Taib ketika beliau sebagai Ketua Menteri untuk menjana pembanguna­n ekonomi negeri ini.

Ia juga usaha berterusan kerajaan negeri mentrans- formasikan ekonomi negeri ke arah ekonomi digital oleh Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

“Saya melihat Miri akan menjadi katalis pembanguna­n di negeri Sarawak,” jelas Awang Tengah.

Mengulas lanjut tentang Miri, Awang Tengah berkata, pembanguna­n rancak dikecapi Miri sekarang juga hasil perancanga­n Tun Taib yang merupakan masterplan dan arkitek pembanguna­n Miri.

Beliau menambah, projek Marina Parkcity bila siap sepenuhnya kelak akan memperkuku­hkan imej moden Miri.

Selain industri minyak dan gas, Miri menjadi pusat industri perkayuan dan perladanga­n komersial kelapa sawit.

Lokasi Miri yang strategik di sepanjang pantai-pantai indah menguatkan imejnya sebagai bandar raya peranginan dan pelanconga­n utama di Utara Sarawak.

Miri juga terkenal dengan keindahan alam semula jadi termasuk tapak khazanah dunia, Gua Mulu dan gua terbesar Malaysia, Gua Niah.

Selain itu, penubuhan Curtin menarik pelajar tempatan dan asing seperti dari China dan Afrika serta pelbagai institusi kemahiran menjadikan Miri sebagai hab pendidikan di Utara Sarawak.

Dengan populasi lebih 370,000 orang terdiri dari pelbagai kaum etnik, Miri adalah bandar raya kedua Kategori SEKOLAH MENENGAH IPTA / IPT ORANG AWAN BERUMUR 45 TAHUN KE BAWAH NAMA : JANTINA : KAD PENGENALAN : UMUR : BANGSA : NAMA SEKOLAH / KOLEJ / INSTITUT / UNIVERSITI : NO. HANDPHONE & WHATSAPP: GURU PENGIRING & NO. H/P: TEMA/TOPIK : terbesar di Sarawak selepas ibu negeri, Kuching.

Awang Tengah memuji semangat toleransi tinggi penduduk pelbagai kaum di sini walaupun berbeza dari aspek kepercayaa­n, agama dan budaya.

“Hampir semua kaum ada di Sarawak terdapat di Miri. Ini benar-benar menggambar­kan Sarawak yang sebenar, hidup dalam harmoni, bersatu padu, walaupun berbeza kaum, agama dan latar belakang,” jelasnya. PERINGATAN: • Sebarang pertanyaan boleh menghubung­i Mr. Isa Lee – 013-8266081 / Mathias Kassap – 016-8726064. • Maklumat lanjut juga boleh diperolehi daripada Facebook UB-Aedil 2017 Pidato Iban 2017. • Borang penyertaan yang telah diisi mesti dikembalik­an dan sampai kepada: URUSETIA, SEKSYEN IBAN UTUSAN BORNEO, TINGKAT 2,CROWN TOWERS, NO 88,JALAN DATUK ABG ABDUL RAHIM, Pending,93450 KUCHING SARAWAK. pada atau sebelum 22 Julai 2017. [ [ [ ] ] ]

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia