Utusan Borneo (Sarawak)

LAKMM rancang bina sekolah agama penuh, surau

Ia bertujuan memenuhi keperluan pusat ibadah dan keilmuan masyarakat Islam di Miri, kata Abdillah

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri ( LAKMM) merancang membina sebuah sekolah agama penuh dan sebuah surau baharu bagi tujuan memenuhi keperluan pusat ibadah dan keilmuan masyarakat Islam di sini.

Pengerusin­ya, Datuk Abdillah Abdul Rahim berkata, sokongan dan maklum balas masyarakat dialu- alukan supaya perancanga­n dapat dilaksana dengan jayanya.

“Kita berharap agar perancanga­n kita ini akan tercapai. Kita juga berharap masyarakat akan terus membantu supaya rancangan berjalan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Tuan Yang Terutama Yang diPertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Toh Puan Ragad Kurdi Taib di salah sebuah hotel ternama di sini malam kelmarin.

Majlis tahunan anjuran

Kita berharap agar perancanga­n kita ini akan tercapai. Kita juga berharap masyarakat akan terus membantu supaya rancangan berjalan dengan baik. Datuk Abdillah Abdul Rahim Pengerusi LAKMM

LAKMM turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mewakili Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Mengenai projek surau, Abdillah berkata, surau baharu dicadang dibina di Pujut Tujuh atas permintaan masyarakat Islam sekitar kediaman itu.

Beliau memberitah­u, surau akan dibina bersebelah­an tanah perkuburan Islam di Pujut Tujuh.

“Apabila siap kelak, surau ini akan menjadi tarikan untuk penduduk Miri,” jelasnya.

Perancanga­n baharu LAKMM kedua ialah membina sebuah sekolah agama penuh menawarkan pengajian akademik sekolah rendah.

Abdillah memberitah­u, sekolah akan dibina di atas tanah milik LAKMM di kawasan perumahan Piasau.

LAKMM kini menyeleng- gara masjid At Taqwa, masjid Darul Ehsan Piasau, masjid Jamek dan surau Darul Salam Taman Bumiko

Selain itu, LAKMM juga mengurus Sekolah Agama Rakyat Miri untuk keperluan pendidikan agama pelajar Islam di sini

Mengenai majlis, antara objektif utamanya ialah peluang mengumpul masyarakat pelbagai kaum di sini meraikan bersama hari raya yang menggambar­kan kukuhnya semangat perpaduan dan persahabat­an masyarakat di Miri.

Pada majlis itu, LAKMM menerima sumbangan RM60,000 iaitu RM50,000 dari Naim Holdings Berhad disampaika­n Pengurus Besar Kanan, Charles Bateman dan RM10,000 dari Samling disampaika­n Pengarah syarikat, Troy Yaw.

Majlis turut menyaksika­n penyampaik­an sijil Jasamu Dikenang kepada 13 ahli.

Hadir sama Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil , Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus, Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat, ADUN Piasau, Datuk Sebastian Ting, Datuk Bandar, Adam Yii dan Datuk Dayang Morliah Awang Daud.

 ??  ?? SAMPAIKAN: Charles menyampaik­an cek dari Naim kepada Abdillah disaksikan oleh Tun Taib (enam kanan) Awang Tengah (lapan kanan).
SAMPAIKAN: Charles menyampaik­an cek dari Naim kepada Abdillah disaksikan oleh Tun Taib (enam kanan) Awang Tengah (lapan kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia